TERKINI: Bantuan Kerajaan Sebanyak RM480 Untuk Suri Rumah, Semak Sekarang!


Adakah anda tahu bahawa golongan suri rumah kini boleh memilih untuk membat caruman di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. Ianya adalah bertujuan untuk memastikan kesejahteraan dan mengiktiraf sumbangan golongan suri rumah kepada pembangunan negara dan ahli keluarga. Terdapat banyak kelebihan yang ada di dalam i-Suri KWSP ini.

Syarat kelayakan, kelebihan dan langkah untuk memohon i-Suri KWSP adalah seperti yang berikut:

LANGKAH UNTUK MENDAFTAR I-SURI KWSP

Sekiranya anda ingin membuat pendaftaran bagi mendapatkan i-Suri KWSP ini, anda boleh pergi ke cawangan KWSP yang berdekatan dengan tempat anda. Borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan yang berikut juga perlu dibawa bersama:

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SURI KWSP

Syarat kelayakan pendaftaran i-Suri KWSP adalah seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Isteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR)
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.

INDIVIDU YANG BOLEH MENCARUM

Berikut adalah merupakan individu yang boleh membuat caruman:
  • Suami kepada pasangan yang layak
  • Diri sendiri (isteri)

Tambahan: Untuk suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa. Sekiranya anda sudah mendaftar dengan Insentif Persaraan ( i-Saraan), anda mestilah membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.

FAEDAH I-SURI KWSP

Faedah untuk i-Suri KWSP adalah seperti yang berikut:
  • Bantuan Kematian: RM2500
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.

Sekiranya anda memenuhi syarat yang berikut, barulah anda akan menerima pembayaran insentif kerajaan ini:
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih.
  • KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
  • Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.
CARA BAYARAN

Langkah untuk membuat pembayaran adalah seperti yang berikut:
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.

Tambahan: KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan tersebut akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Untuk makluman anda, sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli ( Akaun Persaraan dan Akaun 2.



Post a Comment

0 Comments