Pengeluaran KWSP Fasa 1: Ianya Dibenarkan Bermula 7 April 2023, Layari Sekarang!

Fasiliti Sokongan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP akan dilaksanakan dalam dua fasa. Bagi ahli yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh membuat permohonan melalui bank yang mengambil bahagian iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank.

KWSP akan mempertimbangkan sama ada untuk menambah lebih banyak bank yang mengambil bahagian pada masa hadapan atau sebaliknya.

PENGELUARAN KWSP FASA 1

Pengeluaran KWSP Fasa 1 akan dibuka bermula 7 April 2023. Ianya dipetik melalui satu kenyataan yang dimuat naik oleh KWSP.

Permohonan untuk Fasa 1, ianya akan kekal dibuka selama setahun. Ahli yang layak berumur 40 tahun dan ke atas boleh membuat permohonan tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian.

Pihak bank akan mentadbir sepenuhnya proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan ini, tertakluk kepada rangka kerja kredit dan penilaian pembiayaan mereka.

PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP FASA 1

Permohonan pembiayaan peribadi ini boleh dibuat melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian secara dalam talian (online).

Ahli perlu membuat semakan kelayakan dalam Akaun 2 KWSP sebelum membuat permohonan. Permohonan tersebut hendaklah dibuat mengikut terma dan syarat yang dipersetujui dengan institusi perbankan.

Kemudahan ini disasarkan kepada ahli KWSP yang mana mempunyai simpanan di dalam Akaun 2 dan disokong dengan pendapatan yang berpatutan.

MANFAAT KWSP

Kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada lebih daripada 4 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang layak.

Kadar keuntungan (Islamik) atau Kadar Faedah (Konvensional) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka diantara 4% hingga 5% setahun.

Kadar tersebut adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang lain.

JUMLAH PENGELUARAN

Jumlah pembiayaan minimum adalah sebanyak RM3,000 dan maksimum adalah sebanyak RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan yang ada di dalam Akaun 2 KWSP.

Memandangkan jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sebuah sokongan, pembiayaan ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.

Seramai 1.89 juta ahli brumur antara 40 tahun hingga bawah 55 tahun atau 38% yang mempunyai simpanan di dalam Akaun 1 sebanyak RM10,000 dan ke bawah setakat 31 Januari 2023.

Oleh sebab itu, ianya penting bagi membina semula tabungan untuk kumpulan ini agar mempunyai simpanan yang mencukupi terutamanya di hari tua nanti.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan fasiliti di atas, anda boleh melayari saluran yang berikut:

Post a Comment

0 Comments