Langkah Untuk Memohon Lesen Memandu Percuma Bagi Tahun 2023!

Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2023 semalam, beliau telah mengumumkan bahawa pihak kerajaan telah bersetuju untuk menanggung kos bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2 dan lesen bas, e-hailing dan juga teksi.

Tujuan bantuan lesen bantuan ini dilaksanakan adalah untuk membantu rakyat khususnya daripada golongan belia. Hal ini kerana beliau menganggap bahawa belia-belia ini adalah merupakan golongan yang bakal membantu dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara terutamanya dalam sektor pengangkutan awam.


JENIS BANTUAN LESEN MEMANDU YANG DITANGGUNG

Dalam pembentangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Belanjawan 2023 tempoh hari, beliau turut mengumumkan bahawa ujian memandu secara percuma ini hanya akan diberikan kepada beberapa jenis ujian sahaja. Sebagai contoh:
  • Lesen Bas
  • Lesen Teksi
  • Lesen e-hailing
  • Lesen Motorsikal B2

Hal ini disebabkan pihak kerajaan berharap dengan adanya bantuan lesen memandu secara percuma ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia dan membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.

LANGKAH MEMOHON LESEN MEMANDU 2023

Untuk makluman anda, syarat kelayakan dan permohonan bagi mengambil lesen memandu secara percuma belum lagi dimaklumkan.

Menteri Pengangkutan telah menyatakan bahawa beliau akan mengumumkan secara terperinci syarat kelayakan untuk mendapatkan bantuan lesen percuma ini dan bagaimana permohonan bagi mendapatkannya boleh dilakukan dalam masa yang terdekat.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat terkini berkaitan dengan cara untuk memohon dan syarat kelayakan bantuan ujian memandu ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk pengetahuan umum.

Post a Comment

0 Comments