TERKINI: Jumlah Bayaran Bagi Bantuan Tunai Rakyat 2023!

Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim, selaku Perdana Menteri telahpun mengumumkan sebuah bantuan tunai rakyat yang telah dilaksanakan sebelum ini. Ianya akan kekal diteruskan dalam era pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, Bantuan Tunai Rakyat atau lebih dikenali sebagai BTR ini akan disalurkan dengan lebih awal iaitu pada bulan Januari 2023 berbanding Mac pada tahun ini.

"Saya berharap agar penyaluran awal bantuan ini akan membantu untuk meringankan beban yang dipikul oleh rakyat pada waktu ini," kata Datuk Seri Anwar pada sidang Dewan Rakyat ketika beliau membentangkan mengenai Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan 2022 serta usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023. Hal ini dipetik ketika sidang Dewan Rakyat tempoh hari.

PENAFIAN

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.


Sumber: Malaysiadateline

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2023

Pada 7 Oktber 2023 yang lalu, Menteri Kewangan telah mengumumkan bantuan ini ketika pembentangan Bajet 2023. Untuk makluman anda semua, Bantuan Keluarga Malaysia ini akan diteruskan untuk tahun 2023 dengan ketetapan yang berikut:

Pendapatan Isi Rumah: Kurang daripada RM2,500 Sebulan
  • 1 - 4 Anak: RM1,000 - RM2,000
  • 5 Anak atau lebih: RM2,500

Pendapatan Isi Rumah: RM2,500 - RM5,000
  • 1 - 4 Anak (Bergantung bilangan anak): RM500 - RM1,250

Warga Emas Tiada Pasangan
  • RM600 (Bergantung Pendapatan)

Bantuan tambahan untuk ibu / bapa tunggal
  • RM500 (Tambahan)

Bujang
  • RM350 (Bergantung Pendapatan)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk info yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Post a Comment

0 Comments