TERKINI: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Untuk Semua Murid Sebanyak RM150!

TERKINI: Bantuan Awal Persekolahan atau lebih dikenali sebagai BAP telah dipersetujui oleh pihak kerajaan untuk disalurkan sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023. Hal ini adalah menurut Perdana Menteri Yang Ke-10, Dato Seri Anwar Bin Ibrahim.

Ianya diumumkan ketika Sidang Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022.

Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz, Menter Kewangan sebelum ini telahpun mengumumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan ini akan dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 sebelum ini untuk diberikan kepada semua murid tanpa mengambil kira pendapatan ibu bapa.

APAKAH ITU BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)?

Bantuan ini adalah merupakan salah satu bantuan yang diwujudkan bertujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah.

Objektif utamanya ialah membantu ibu bapa atau penjaga pada awal sesi persekolahan setiap tahun.

Untuk tahun 2023 ini, bantuan ini akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN

Seawal 12 Januari 2023 (Khamis) ini peruntukan bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini disalurkan ke akaun sekolah.

Pihak sekolah akan membuat agihan bantuan itu kepada murid sejurus sahaja selepas peruntukan itu diterima oleh pihak sekolah. Pengagihan ini akan disalurkan secara berperingkat.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi:
  • Murid Warganegara Malaysia.
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 / yang setaraf dengannya bagi sesi Persekolahan 2023/2024.
  • Murid yang bersekolah di:
    • Sekolah Kerajaan (SK).
    • Sekolah Agama.
    • Sekolah Henry Gurney.
    • Sekolah Integriti.
    • Seolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan pihak kerajaan

JUMLAH PEMBAYARAN

Sebanyak RM150 amaun bantuan yang akan disalurkan bagi seorang  murid secara sekaligus atapun 'one-off''.
 
CARA BAYARAN

Peruntukan BAP disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah dan pihak sekolah akan membuat proses pengagihan tunai kepada murid atau dikreditkan secara terus ke dalam akaun.

LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN

Murid tidak perlu untuk mengisi apa-apa dokumen atau borang permohonan untuk mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan ini.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Tiada sebarang dokumen yang diperlukan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, anda bole melayari portal Kementerian Pendidikan Malaysia yang berikut:

Post a Comment

0 Comments