Permohonan: Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) Kini Dibuka Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Jangan Terlepas!


Sebuah bantuan iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) yang dikhaskan untuk golongan B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2 kini telah diperkenalkan. Ianya merupakan kerjasama daripada pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

BLKM ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Ismail Sabri Yaakob. Untuk makluman anda, bantuan ini merupakan sebuah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui pihak JPJ.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini telahpun dilaksanakan sejak tahun 1990-an lagi menerusi Program JPJ Bersama Rakyat sebelum ianya ditukar nama kepada Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin dan Program Satu Komuniti Satu JPJ.

Menurut Datuk Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan BLKM ini adalah dikhaskan untuk golongan B40 dan juga masyarakat Orang Asli yang menghadapai cabaran untuk mengikuti kelas memandu di latihan Institut Memandu untuk bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

DISKAUN BAYARAN LESEN

Kepada mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan ini, mereka yang akan dikenakan bayaran sebanyak RM250 seorang dengan menghadiri kursus singkat.

BLKM ini adalah lebih murah sekiranya dibandingkan dengan kos sebenar yang mana perlu ditanggung oleh individu biasa yang berjumlah RM750 seorang.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat yang perlu dipatuhi dengan tapisan yang dilakukan oleh pihak JPJ untuk mendapatkan bantuan ini:
  • Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas.
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu kenderaan.
  • Tidak disenarai hitam JPJ atau polis.
  • Sihat tubuh badan dan mental.
  • Tiada kecacatan fizikal.

LANGKAH UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

Buat masa ini, tiada lagi kenyataan yang dikeluarkan mengenai cara untuk membuat permohonan bantuan ini. Sebarang info yang lebih lanjut akan dikemaskini kepada anda diluar sana dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda terdapat sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan BLKM ini, anda boleh melayari laman rasmi MOT yang berikut:

Post a Comment

0 Comments