Bayaran BKM Fasa 3 Akan Mula Untuk Dikreditkan Bermula Selasa Depan! - Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Mulai Selasa depan, pembayaran Fasa 3 dan Rayuan untuk mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mula dikreditkan ke dalam akaun penerima secara berperingkat.

Datuk Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri Malaysia berkata bahawa pembayaran yang bernilai RM2.2 Billion itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta penerima.

Beliau berkata, bantuan ini melibatkan penerima BKM sedia ada kategori warga emas, bujang/tiada pasangan, isi rumah, dan bujang serta mereka yang lulus dalam membuat rayuan BKM dengan keseluruhan proses berkenaan dijangka akan selesai pada 27 September ini.

Selain daripada itu, beliau juga berkata ebanyak RM5.9 Billion sudah mula untuk disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan sehingga September 2022.

"Setiap penerima BKM yang sedia ada bakal menerima sehingga RM900 bagi BKM Fasa 3"

"Lebih 80,000 penerima sudah diluluskan dalam membuat Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Ianya termasuklah  Bantuan Tunai Tambahan yang telah diumumkan kerajaan pada Jun yang lalu.

"Masih terdapat bayaran (BKM) fasa empat, bernilai RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan ini pada Disember depan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Datuk Ismail Sabri melaporkan BKM merupakan sebuah bantuan tunai langsung yang telah diumumkan dalam Bajet 2022 bertujuan untuk memanfaatkan golongan B40.

Untuk rekod, kerajaan mengumumkan pemberian tunai tambahan menerusi BKM kepada B40 yang terkesan dengan kos sara hidup yang memanfaatkan seramai 8.6 juta penerima dengan isi rumah menerima sehingga RM2,500, tahun ini.

Setelah itu, kerajaan mengambil keputusan untuk menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM50 bagi golongan bujang dan RM100 bagi kumpulan isi rumah.

Perdana Menteri berkata, semakan status pembayaran boleh dibuat menerusi pautan yang berikut mulai Selasa depan:

"Kerajaan akan sentiasa mengutamakan kebajikan seluruh Keluarga Malaysia khususnya ketika negara berdepan cabaran krisis geopolitik dan juga kenaikan inflasi yang mana memberi kesan secara menyeluruh terhadap rantaian global.

"Kerajaan komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, khsuusnya kumpulan sasar dengan aspek jaringan keselamatan sosial yang mana akan terus diberi tumpuan dalam Bajet 2023 kelak," katanya.

Post a Comment

0 Comments