RASMI: Bantuan 1 Keluarga RM900 - Bayaran Akan Dikreditkan Bermula September 2022!


Adakah anda tahu bahawa pengkreditan bayaran untuk Bantuan 1 Keluarga Sebanyak RM900 akan mula untuk disalurkan bermula Bulan September 2022?

Untuk kategori isi rumah, setiap keluarga dengan pendapatan isi rumah RM0 sehingga RM2,500 akan menerima bayaran sebanyak RM200, RM300, RM400, RM500,RM600 dan RM700 tertakluk kepada kategori umur.

Kepada isi rumah yang berpendapatan sebanyak RM2,501 sehingga RM5,000, mereka akan menerima bayaran sebanyak RM100 dan RM400 sahaj tertakluk kepada kategori umur yang telah ditetapkan.

Untuk kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) pula, bayaran adalah bermula daripada RM600, RM800 sehingga RM900 dengan jumlah tambahan IBT yang mana mempunyai anak, berjumlah RM500.

Terdapat beberapa kategori lain yang melibatkan jumlah bayaran sebanyak RM150 untuk bayaran bagi bulan September ini.

Bantuan 1 Keluarga RM900 ini adalah salah satu instrumen dalam rangka Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 3)

SEMAKAN STATUS BANTUAN 1 KELUARGA RM900

Berikut merupakan semakan status bagi Bantuan 1 Keluarga RM900:

Fasa 1
  • Bayaran dikreditkan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN yang terdekat.
Fasa 2
  • Bayaran dikreditkan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN
Fasa 3
  • Bayaran dikreditkan bermula pernghujung Ogos atau awal September 2022
Fasa 4
  • Bayaran dikreditkan bermula pada Disember 2022

KADAR BAYARAN BANTUAN 1 KELUARGA RM900 DAN KATEGORI LAIN BKM




LANGKAH UNTUK MEMBUAT SEMAKAN STATUS BKM FASA 3

Langkah untuk membuat semakan status BKM Fasa 3 adalah seperti yang berikut:
  • Anda diminta untuk 'Log Masuk' ke bkm.hasil.gov.my
  • Kemudian, klik 'Semakan Status'.
  • Setelah itu, paparan kelayakan akan ditunjukkan kepada anda.
  • Klik maklumat pembayaran untuk melihat status pembayaran anda.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan dengan pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa4, anda bolehlah melayari laman sesawang yang berikut:
PENGENALAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Pada tahun 2021, pihak kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) melalui Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000. Ia adalah bertujuan untuk mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengk Abdul Aziz, selaku Menteri Kewangan, dalam satu kenyataan berkata BKM dengan peruntukan sekitar RM8.2 bilion, dapat memanfaatkan sekitar 9.6 juta penerima melibatkan isi rumah memiliki tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.

“Bantuan ini merupakan yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800 sahaja.

“Bantuan tunai langsung itu telah ditambah baik dengan cara memperkenalkan BKM dalam memberi lebih tumpuan kepada golongan yang terkesan disebabkan pandemik,” ujarnya selepas membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

Katanya, objektif kerajaan kini adalah untuk melanjutkan bantuan tunai langsung secara bersasar, memperkukuh aspek pendidikan dan kesihatan awam serta terus menjana peluang pekerjaan.

“Bagi tahun 2022, inisiatif bantuan tunai langsung bakal ditambah baik, kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan agar kumpulan yang benar-benar berkesan diberi tumpuan,” katanya.

Selain itu, beliau juga berkata bahawa, pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan tambahan sebanyak RM500 ringgit lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang memiliki anak tanggungan serta berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.

“Bantuan tambahan sebanyak RM300 ringgit lagi akan turut diberikan kepada golongan isi rumah warga emas. Ianya bermakna ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM dengan jumlah maksimum sebanyak RM2,500.

“Secara keseluruhan, kerajaan memperuntukkan RM2.4 bilion disediakan bagi penyaluran bantuan kebajikan untuk manfaat lebih 440,000 isi rumah memerlukan,” katanya.

Post a Comment

0 Comments