Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024 KPM Secara Atas Talian!

Permohonan untuk kemasukan ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022 ini. Hebahan ini adalah untuk ibu bapa dan semua penjaga diluar sana.

Pada 1 Ogos 2022 pula, anda boleh membuat semakan berkaitan dengan Keputusan Penempatan Murid Tahun 1.

Ibu bapa boleh membuat pendaftaran anak-anak mereka dan semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online khususnya anak-anak yang akan bersekolah Tahun 1 pada 2023 dan 2024.

Maklumat lanjut berkaitan dnegan cara pendaftaran bagi Tahun 1 sesi 2023/2024 melalui permohonan secara atas talian adalah seperti yang berikut:

SYARAT PENDAFTARAN

Syarat-syarat pendaftaran adalah seperti yang berikut:
  • Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018
  • Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017


DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI

Berikut merupakan dokumen-dokumen yang perlu ada:
  • Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
  • Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)
  • Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
  • Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
  • Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
  • Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh penting dalam membuat permohonan adalah seperti yang berikut:
  • Tarikh Mula : 1 Mac 2022
  • Tarikh Tutup : 30 April 2022
  • Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022
  • Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022

LANGKAH MEMBUAT PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2023/2024

Berikut merupakan langkah-langkah membuat pendaftaran:
  1. Anda diminta unutk pergi ke portal SPATKPM di https://public.moe.gov.my/
  2. Kemudian, klik 'Pengguna Baru'.
  3. Selepas itu, tekan 'Daftar Pengguna'.
  4. Klik 'Daftar'.
  5. Setelah itu, anda hendaklah mengisi maklumat yangdikehendaki untuk mendaftar.
  6. Teruskan permohonan anda dan klik pada menu 'Tahun 1'.
  7. Klik 'Permohonan Baru'.
  8. Kemudian, masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  9. Lengkapkan maklumat berikut:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  10. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
    1. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, anda diminta untuk pergi ke Semak Permohonan'.
  11. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  12. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  13. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  14. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Anda boleh merujuk manual yang tertera:














TARIKH SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 SESI 2023 / 2024 & RAYUAN

Kepada para ibu bapa yang telah mendaftar anak mereka untuk kemasukan bagi sesi tahun 2023 / 2024, anda boleh membuat semakan mulai 1 Ogos 2022.

Untuk pengetahuan anda, semakan keputusna rayuan boleh dibuat mulai 1 Oktober 2022.

Ibu bapa boleh membuat pengesahan dengan hadir ke sekolah atau secara atas talian yang berikut:

Anda boleh merujuk panduan yang tertera untuk tujuan semakan yang selengkapnya di:


Berikut merupakan tarikh penting untuk membuat Semakan Keputusan Murid Tahun 1:
  • Tarikh surat keputusan penempatan : 1 Ogos 2022
  • Tarikh rayuan ditutup : 30 Ogos 2022
  • Tarikh mula / tamat Pengesahan Penempatan : 1 hingga 31 Ogos 2022
  • Tarikh keputusan rayuan : 1 Oktober 2022

NOTA:
  • Rayuan tidak boleh dilakukan secara manual.
  • Rayuan hanya dapat dibuat melalui penggunaan sistem secara online dan keputusan juga akan diberikan melalui sistem.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mengajukan atau bertanyakan soalan atau ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan Penempatan Tahun 1 di Sekolah yang diinginkan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan juga e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan maisng-masing.

Anda boleh merujuk Maklumat Pegawai e-Daftar Rendah seperti yang berikut:


Post a Comment

0 Comments