Harga Maksimum Minyak Masak 1kg, 2kg, 3kg Dan 5kg Bermula Bulan Ini!

TERKINI: Umum rakyat Malaysia mengetahui, subsidi bagi minyak sawit dalam kemasan botol 5kg, 3kg, dan 2kg telahpun dimansuhkan berkuatkuasa pada 1 Julai 2022 ini

Tindakan ini diambil adalah untuk memastikan bekalan bahan makanan yang terdapat di dalam pasaran lebih stabil dan dapat menstabilkan harga bahan makanan yang lain dari semasa ke semasa.

Disebabkan pemansuhan subsidi minyak masak yang berikut, ramai orang mengeluh disebabkan kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi manakala minyak masak yang bersubsidi pula sukar untuk didapatkan di kedai-kedai yang berdekatan.

HARGA TETAP SECARA BULANAN

Sepertimana yang kita lihat di media sosial, ramai orang mengeluh dengan harga terkini yang mana menjangkau harga dalam lngkungan RM40 hingga RM50 berbanding RM30 bagi sebotol sebelum ini.

Mulai Ogos 2022, Tan Sri Annuar Musa mengaskan bahawa harga minyak masak yang tidak bersubsidi dalam botol akan ditetapkan secara bulanan.

Beliau berkata, harga tersebut akan ditetapkan berikutan dengan pelaksanaan harga maksimum minyak masak yang berikut secara bulanan berdasarkan dengan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO). Hal ini telah diumumkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang mana harganya ialah RM4,063 bagi bulan Ogos ini.

"Penguatkuasaan harga di kedai-kedai hendaklah mula dilaksanakan tujuh hari berdasarkan penentuan harga hari ini. Ianya bermaksud 8 Ogos nanti, minyak masak di dalam botol 5kg yang sekarang dijual di pasaran adalah dari RM39 hingga RM42 hendaklah dijual pada harga yang maksimum iaitu RM34.70," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen selepas mengetuai mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi pada 1 Ogos 202 yang lalu.

Walaubagaimanapun, beliau berkata bahawa harga yang berikut hanya berkuatkuasa untuk kawasan di Semenanjung Malaysia sahaja.


Sementara itu, Tan Sri Annuar Musa selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia turut berkata, dengan adanya pengumuman itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan juga Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil inisiatif yang seterusnya untuk mewartakan harga berkenaan.

Kaedah yang sama akan dikekalkan pada bulan-bulan yang berikutnya dengan harga maksimum yang berkenaan akan berubah setiap bulan. Ia berdasarkan harga semasa CPO yang mana diumumkan oleh pihak MPOB setiap awal bulan, katanya.

"Kepada peniaga-peniaga yang gagal untuk mematuhi penetapan harga maksimum ini, pihak KPDNHEP akan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan peraturan yang ada."

HARGA MAKSIMUM MINYAK MASAK BOTOL (OGOS 2022)

Minyak masak bagi botol 5kg ditetapkan pada harga RM34.70 untuk bulan ini dan berkuatkuasa pada  Ogos 2022 (di Semenanjung Malaysia sahaja.)


Manakala, bagi Sabah, Labuan dan Sarawak, harga yang sama akan dikenakan.


Pihak KPDNHEP telah menetapkan harga maksimum bagi minyak botol 1kg hingga 3kg seperti yan berikut:
  • 1kg – RM7.70
  • 2kg – RM14.70
  • 3kg – RM2170
  • 5kg – RM34.70


HARGA MAKSIMUM MNYAK MASAK BERSUBSIDI (POLIBEG)

Untuk pengetahuan anda, harga siling bagi minyak masak tulen untuk pek polibeg 1kg kekal pada harga RM2.50 sahaja.


Harga minyak bagi paket yang bersubsidi polibeg 1kg BUKANNYA RM4.00, RM3.50 atau RM3.00 tetapi harga kawalan yan dijual adalah serendah RM2.50.

Anda diminta untuk melaporkan kepada pihak KPDNHEP sekiranya terdapat premis yang menjual minyak masak paket bersubsidi polibeg melebihi harga kawalan.

Sekiranya para pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNHEP melalui:

Post a Comment

0 Comments