Panduan Mohon Bantuan Golongan Berpendapatan Rendah 2022 Sebanyak RM350 Sebulan



Bantuan AM persekutuan merupakan bantuan yang diuruskan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bantuan ini merupakan bantuan yang bertujuan untuk membiayai perbelanjaan harian individu mahupun keluarga.

Berikut adalah golongan yang layak untuk memohon bantuan Am Persekutuan
  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak lebih dari PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan)
  • Bukan penerima mana-mana bantuan dari JKM
Bagi purata garis kemiskinan terkini boleh dirujuk di jadual berikut


JUMLAH BANTUAN YANG DITERIMA

Bagi individu yang layak, mereka akan menerima bayaran bulanan sebanyak RM100 sehingga RM350 sebulan. Akan tetapi, bergantung kepada kategori yang mereka mohon.

PANDUAN MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN AM 2022

Kepada pemohon, anda hendaklah mengisi borang JKM 18. Setelah selesai melengkapkan borang, pemohon hendaklah menghantar kepada pejabat JKM yang berdekatan.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda boleh hadir ke pejabat JKM yang berdekatan untuk mendapatkan langsung borang JKM 18 ini. Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang perkara-perkara yang perlu bagi melengkapkan borang tersebut.

DOKUMEN YANG PERLU DI DISEDIAKAN

Berikut adalah dokumen yang perlu disediakan 
  • Salinan kad pengenalan 
  • Salinan pengenalan suami/isteri/bapa/anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada), dan mana-mana dokumen yang berkaitan

Post a Comment

0 Comments