Senarai Bantuan Kerajaan dalam Bulan Julai 2022, Mohon Sekarang!

Pihak kerajaan telahpun menyenaraikan beberapa bantuan kerajaan yang mana rakyat boleh memohon untuk mendapatkannya mulai Julai 2022. Anda diminta untuk menyemak permohonan terlebih dahulu dan melihat syarat-syarat kelayakan yang dikehendaki bagi setiap bantuan yang akan disalurkan.

SENARAI BANTUAN DARIPADA PIHAK KERAJAAN DALAM BULAN JULAI 2022

A) Bantuan Keluarga Malaysia

Bantuan ini merupakan bantuan yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Sara Hidup dan juga BKC.

Anda boleh merujuk kategori anda di bawah bagi mengetahui jumlah bantuan yang anda akan perolehi:
  • Bujang: RM350
  • Warga Emas (Bujang): RM600
  • Ibu Tunggal (Isi Rumah): RM500
  • Warga Emas (Isi Rumah): RM300
  • Isi Rumah: RM400 sehingga RM2,000

Tarikh Pembayaran BKM

Fasa pembayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia ini terbahagi kepada 4 fasa dalam tahun 2022:
  • Mac
  • Jun
  • September
  • Disember

Jumlah bantuan yang akan disalurkan: RM350 sehingga RM2,000.

B) Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan ini diperkenalkan oleh pihak RISDA yang mana bertujuan untuk membantu dari segi kewangan iaitu sebanyak RM60.

Fasa pembayaran bagi Bantuan Musim Tengkujuh ini terbahagi kepada 2 fasa dalam tahun 2022:
  • November 
  • Disember

Pembayaran BMT ini akan disalurkan kepada mereka yang layak dan telah diluluskan. Ianya akan diagihkan dengan cara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada akaun bank yang aktif yang mana telah didaftarkan oleh pemohon semasa permohonan itu dibuat.

Kini, permohonan itu sudah boleh dibuat.

C) Bantuan JKM - Bayaran Setiap Bulan

Kepada mereka yang telah membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan ini daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, tarikh rasmi bantuan ini akan disalurkan adalah pada 1 sehingga 12 Julai 2022.

Anda boleh memuat turun borang permohonan JKM DI SINI.

D) Inisiatif SADE

Skim Air Darul Ehsan atau lebih dikenali sebagai bantuan SADE ini merupakan sebuat program penjajaran semula untuk menyediakan 20 meter padu air yang percuma kepada kumpulan sasar penduduk Selangor. Ianya dikhususkan kepada mereka yang berpendapatan isi rumah dalam lingkungan RM4,000 dan kebawah. Pendaftaran untuk SADE ini dibuka sepanjang tahun sehingga 2024 kelak.

Permohonan untuk mendapatkan air percuma boleh dilakukan melalui laman rasmi yang berikut: 
INFO LANJUT

Semoga dengan adanya artikel ini, ianya dapat sedikit sebanyak memudahkan urusan para pembaca untuk mewujudkan kehidupan yang lebih bererti.

Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda di semua platform.


Post a Comment

0 Comments