Permohonan Untuk Mendapatkan Bantuan Ibu Bersalin RM450 Bagi Tahun 2022, Mohon Sekarang!

Kerajaan Negeri Sarawak telah mewjudkan suatu inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Ibu Bersalin (BIB). Setiap ibu yang berstatus 'K' atau isteri kepada kad pengenalan berstatus 'K' yang melahirkan anak akan menerima pemberian sebanyak RM450.00. Ia adalah untuk membantu keperluan para ibu selepas melahirkan anak. Contohnya seperti pemakanan yang sihat dan juga penjagaan diri semasa tempoh berpantang. Bantuan ini mula ditubuhkan pada tahun 2020 tanpa mengira agama, bangsa atau status soiso-ekonomi.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan yang harus dipatuhi oleh para pemohon:
  1. Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection).
  2. Permohonan boleh dibuat apabila kandungan mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas bersalin.
  3. Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak.
  4. Warganegara Malaysia.

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen-sokumen sokongan adalah seperti yang berikut:
  • Salinan nota discaj atau sijil lahir bayi atau surat pengesahan mengandung 22 minggu ke atas daripada pegawai perubatan.
  • Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus ‘K’.
  • Salinan kad pengenalan / passport pasangan atau penjaga.
  • Salinan kad pengenalan / passport Ibu.
  • Salinan penyata akaun bank terkini.
  • Salinan buku rekod kesihatan ibu.

KAEDAH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, kaedah permohonan dapat dilakukan dengan cara yang berikut:

i) Online di Aplikasi iSarawakCare
Anda mestilah memuat turun aplikasi di Google Play Store dan Apple App Store. Anda boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut di https://isarawakcare.sarawak.gov.my

ii) Manual
Anda boleh melakukannya di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak, Pejabat Daerah atau Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin
MASJA II (Kuching Sahaja). Anda boleh mendapatkanborang permohonan di pautan yang berikut:
MAKLUMAN 

Peringatan kepada para pemohon:
  • Permohonan ini hanya sah bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh anda memohon. Sekiranya tiada dokumen lengkap yang diterima dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan ditolak secara automatik tanpa sebarang notifikasi dihantar.
  • Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi bermula tahun 2020.
  • Permohonan yang tidak lengkap dari segi dokumen tidak akan diproses.

Anda boleh menghubungi di e-mel kami untuk tujuan semakan status Bantuan Ibu Bersalin atau rujuk dalam aplikasi iSarawakCare.
  • bib@sarawak.gov.my

Untuk mengetahui infografik mengenai Bantuan Ibu Bersalin (BIB), anda boleh melayari laman web yang berikut:
Anda juga boleh melayari laman web yang berikut untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut:

Post a Comment

0 Comments