Langkah Untuk Menyemak Baki Pinjaman Bank Rakyat Online!

Kepada para peminjam daripada Bank Rakyat, anda disyorkan untuk selalu menyemak baki pinjaman Bank Rakyat anda bagi mengetahui status bayaran pinjaman anda. Hal ini adalah untuk memudahkan anda untuk merancang kewangan anda dan mengelakkan daripada berlaku culas dalam proses pembayaran semula pinjaman.

Dalam era yang kian moden, anda kini boleh melakukan semakan secara atas talian (online) sahaja. Anda tidak perlu untuk membuang masa lagi untuk beratur panjang di mana-mana cawangan Bank Rakyat.

SEMAKAN MELALUI WEB iRAKYAT

Untuk pengetahuan anda, iRakyat ini merupakan sebuah portal kemudahan perbankan internet dari Bank Rakyat. Kebanyakan pelanggan Bank Rakyat tidak tahu bahawa dengan menggunakan laman iRakyat ini, mereka boleh membuat semakan secara terus berkenaan dengan status bayaran baki pinjaman dengan hanya beberapa klik sahaja. Kini, semuanya dihujung jari kita.

Klik panduan yang tertera sekiranya anda belum mendaftarkan diri:

Anda diminta untuk mengikuti langkah-langkah yang berikut:
  1. Melayari laman iRakyat di alamat https://www2.irakyat.com.my/personal/login/login.do
  2. Anda mestilah log masuk ke dalam akaun anda dengan memasukkan kata nama dan kata kunci yang telah didaftarkan.
  3. Klik 'Account Info' pada bahagian Menu.
  4. Kemudian, klik pada 'Loan & Financing'.

Maklumat berkaitan dengan pinjaman anda akan dipaparkan pada 'Dashboard' Akaun anda.

SEMAKAN MELALUI TALIAN TELE-RAKYAT

Jika anda tidak mempunyai sambungan internet yang baik dan tidak mahu menggunakan perkhidmatan perbankan di iRakyat, anda boleh membuat semakan baki pinjaman anda dengan cara membuat panggilan ke talian Tele-Rakyat.

Anda boleh menghubungi nombor yang tertera dari telefon mudah ahli anda dan bercakap secara terus dengan pihak operator yang bertugas:
  •  1-300-80-5454

Selalunya pihak bank akan bertanyakan beberapa soalan kepada anda berkaitan dengan akaun anda untuk tujuan pengesahan diri anda.

SEMAKAN MELALUI E-MEL

Selain daripada kaedah yang diatas, anda juga boleh menghantar e-mel kepada pihak bank di alamat yang tertera untuk tujuan menyemak baki pinjaman anda:
  • telerakyat@bankrakyat.com.my

Anda diminta untuk memberikan maklumat-maklumat berkaitan dengan diri anda dalam emel tersebut. Sebagai contoh, nombor akaun bank dan sebagainya.

Berkemungkinan kaedah ini sedikit lambat berbanding dengan kaedah yang lain. Ianya kerana pihak bank perlu membaca emel anda dengan teliti dan membalasnya secara manual tapi masih boleh digunakan.

Anda mestilah memastikan bahawa anda sentiasa cakna dan peka berkaitan dengan jadual pembayaran semula pinjaman anda dengan kerap melakukan semakan dari semasa ke semasa menggunakan salah satu kaedah diatas. Ianya adalah untuk memastikan anda tidak dikenakan penalti daripada pihak Bank Rakyat.

Post a Comment

1 Comments