Tarikh & Jumlah Bayaran BKM Bagi Fasa 2 Yang Akan Diterima


Adakah anda tahu bahawa Jadual Pembayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi tahun 2022 telah dikeluarkan oleh kerajaan. Ianya terbahagi kepada 4 fasa pada bulan yang berbeza iaitu bulan Mac, Jun, September dan juga Disember 2022.

Seperti yang kita ketahui, BKM bagi Fasa 1 telahpun bermula untuk dikreditkan kepada para penerima diluar sana yang layak untuk menerima. Ianya bermula pada 28 Mac sehingga 8 April 2022.

Kepada para penerima tunai pula, mereka boleh membuat tuntutan di Cawangan BSN yang berdekatan bermula pada 30 Mac 2022.

Info ringkas berkaitan dengan jadual dan juga tarikh rasmi bagi pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini adalah seperti yang berikut:

JADUAL PEMBAYARAN BKM 2022

Kesemua pembayaran untuk BKM ini terbahagi kepada 4 fasa. Maklumat lanjut dan jadual pembayarannya adalah seperti yang berikut:

FASA 1
  • Bujang.
  • Isi rumah.
  • Dibayar bermula 28 Mac 2022.
  • Warga Emas Bujang/Tiada pasangan.
FASA 2
  • Isi rumah.
  • Warga Emas Bujang/Tiada pasangan.
  • Bayaran untuk BKM Fasa 2 akan bermula pada bulan Jun 2022.
FASA 3
  • Bujang.
  • Isi rumah.
  • Bermula pada ulan September 2022.
  • Warga Emas Bujang/Tiada pasangan.
FASA 4
  • Isi rumah.
  • Bermula pada bulan Disember 2022.
  • Warga Emas Bujang/Tiada pasangan.

KADAR BAYARAN UNTUK BKM 2022

Jumlah maksimum yang akan diterima oleh penerima adalah sebanyak RM2,000. Kadar bayaran yang akan diterima mengikut kategori masing-masing adalah seperti yang berikut:
  • Bujang (<RM2,500)* : RM350
  • Isi rumah (<RM2,500)* : RM1,000 - RM2,000
  • Warga Emas (<RM5,000)* : RM3,000 tambahan
  • Isi rumah (RM2,501 - RM5,000)* : RM400 - RM800
  • Ibu/Bapa tunggal (<RM5,000)* : RM5,000 tambahan
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)* : RM600
(*) Pendapatan bulanan penerima.


CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Data penerima BKC B40, data penerima BPR 2021 dan juga data pemohon BPR 2021 yang tidak diluluskan atas sebab menerima GKP akan dibawa secara terus ke dalam sistem BKM untuk tujuan verifikasi kelayakan.

Sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data yang sedia ada LHDNM, pemohon hendaklah membuat permohonan BKM yang baharu. Kepada penerima yang sedia ada yang ingin membuat sebarang perubahan maklumat pula, mereka hendaklah mengemaskini dalam suatu tempoh yang telah ditetapkan.

Anda boleh melayari laman web dibawah untuk mengemaskini dan membuat permohonan online:
SEMAKAN STATUS BKM 2022

Kepada mereka yang ingin membuat semakan status bagi permohonan BKM Fasa 2 yang telah mereka buat, mereka boleh melayari laman sesawang yang berikut:
TEMPOH BAGI SEMAKAN STATUS & KEMASKINI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

Tempoh untuk pemohon membuat semakan status dan juga proses kemaskini atau permohonan yang baharu berkaitan dengan BKM 2022 ini bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022 (1 Bulan).

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat yang lebih terperinci berkaitan dengan Pembayaran dan juga soalan lazim BKM ini, anda boleh merujuknya DI SINI

Post a Comment

0 Comments