9 April 2022: Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP Boleh Dibuat Hari Ini, Semak Sekarang!


Kepada para Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah membuat permohonan bagi bantuan Pengeluaran Khas KWSP, mereka boleh membuat semakan berkaitan dengan bantuan ini bermula pada 9 April 2022.

Tujuan semakan permohonan ini dibuka adalah untuk melibatkan permohonan Pengeluaran Khas KWSP yang berjumlah RM10,000 yang mana telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac 2022 yang lalu.

Untuk pengetahuan anda, langkah yang diambil oleh kerajaan ini adalah untuk membantu para pencarum diluar sana yang terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan memenuhi keperluan yang mendesak hari ini.

Namun, pencarum dinasihatkan untuk mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa hadapan dan hanya mengeluarkan simpanan yang diberi itu pada waktu-waktu yang tertentu sahaja.

AMAUN PENGELUARAN

Kepada para pencarum yang membuat permohonan, amaun pengeluaran yang dibenarkan untuk pencarum memohon ialah minimum sebanyak RM50 dan amaun maksimm sebanyak RM10,000 bergantung kepada baki simpanan dalam Akaun 2.

Sekiranya simpanan di dalam Akaun 2 tidak mencukupi, amaun dalam Akaun 2 akan digunakan mengikut kepada jumlah permohonan.

KAEDAH PEMBAYARAN

Bagi pemohon yang berjaya, mereka akan menerima amaun bayaran yang dipohon dalam satu bayaran sahaja bermula pada 20 April 2022.

Sebarang pindaan amaun atau pembatalan permohonan tidak dibenarkan dan bayaran bagi bantuan pengeluaran khas akan lebih diutamakan berbanding dengan pengeluaran lain.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak KWSP:
  • Warganegara dan bukan warganegara Malaysia termasuk pemastatutin tetap.
  • Mempunyai amaun simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150.
  • Ahli KWSP berumur 55 tahun dan ke bawah.
CARA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN

Semakan untuk permohonan ini akan bermula pada 9 April 2022. Mereka boleh membuat semakan melalui pautan yang tertera:
MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan dengan bantuan ini, sila layari laman web https://www.kwsp.gov.my/ atau hubungi talian bantuan Pengeluaran Khas di 03-8922 4848.

Post a Comment

0 Comments