Panduan Untuk Menyemak Status LULUS & Tarikh Pengeluaran Khas KWSP RM10,000


Terdapat ramai orang yang berkongsi perasaan gembira mereka di laman media sosial masing-masing disebabkan oleh status lulus bagi membuat Pengeluaran Khas KWSP RM10,000. Terdapat segelintir pihak juga yang masih bingung tentang cara-cara untuk semak status lulus Pengeluaran Khas KWSP RM10,000.

Cara mudah untuk semak status lulus & tarikh Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 sudah kami kongsikan kepada anda semua.


TARIKH PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Walaupun pihak KWSP sudah menguar-uarkan bahawa 20 April ini merupakan tarikh pembayaran KWSP, namun melalui status semakan lulus di laman web rasmi Pengeluaran Khas, terdapat pencarum yang akan menerima pembayaran tersebut bermula 21 April ini.


Oleh itu, adalah digalakkan untuk membuat semakan status lulus dan tarikh Pengeluaran Khas KWSP itu sendiri seperti mana yang telah tertera di bawah ini:

CARA SEMAK STATUS LULUS PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Semakan status permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat bermula 9 April 2022 ini dengan cara:
  • Ahli hendaklah melayari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  • Kemudian, klik 'Teruskan'.
  • Selepas itu, lik 'Semakan Status Permohonan'.
  • Selanjutnya, isi nombor MyKad/MyPR atau Nombor Passport/MyKAS
  • Isikan nombor telefon bimbit anda.
  • Sahkan Captcha berikut.
  • Klik 'Semak Status'.
  • Setelah itu, keputusan permohonan yang anda buat akan dipaparkan.
  • Sekiranya anda LULUS, jumlah permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada tanggal 20 April 2022 ini.
  • Sebagai contoh, jika anda memohon untuk membuat pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 1/Akaun 2), anda bakal menerima pengkreditan dengan amaun sebanyak RM8,000 ke dalam akaun bank anda pada 20 April 2022 iaitu pada hari Rabu.
  • Jika permohonan anda TIDAK DILULUSKAN, selalunya pihak KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
  • Langkah untuk membuat permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa.
  • Anda boleh mengikuti Channel Telegram Rasmi disini: http://t.me/pakejbantuankerajaan
  • Sebarang perkembangan yang terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut.
  • Anda diminta untuk merancang perbelanjaan anda dengan sebaik mungkin dan selamat maju jaya kami ucapkan kepada anda.
KEMASKINI RASMI: Penukaran nombor telefon TAC hanya boleh dibuat melalui kaunter/kios KWSP yang berdekatan dengan kediaman anda kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. Anda boleh klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk mengetahui lokasi-lokasinya.

BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000?

Hanya satu bayaran sahaja (single payment) yang akan dibuat dalam pengeluaran khas KWSP kali ini.

BAGAIMANAKAH PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS AKAN DIBUAT KEPADA AHLI?

Kesemua bayaran Pengeluaran Khas ini akan dibuat secara pengkreditan secara terus ke dalam Akaun Bank ahli.

Anda hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat di bawah dipenuhi untuk memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan dengan lancar:
  • Akaun Bank masih aktif.
  • Akaun Bank (Simpanan atau Semasa).
  • Akaun Bank mestilah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/syarikat).
MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh melayari laman web yang tertera atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848 bermula 1 April ini.

Post a Comment

0 Comments