SEMAKAN ONLINE
Cara Mohon Bantuan Smartphone Percuma Bagi B40 Secara Online April 2022
Bermula 15 April 2022 ini, permohonan untuk Pakej PerantiSiswa #KeluargaMalaysia bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) akan dibuka.
Program Pakej PerantiSiswa ini merupakan salah satu inisiatif yang dibuat oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) bersama dengan Kementerian Kewangan (MOF) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mana bertujuan untuk membantu pembelajaran secara maya atau atas talian bagi kelangsungan pendidikan khususnya ketika fasa peralihan endemik ini.
Ianya adalah untuk memastikan tiada satu pun golongan yang akan tercicir dalam kemajuan teknologi dan dapat beradaptasi dalam mendepani kemunculan ekosistem digital pada masa yang akan datang.
Maklumat berkaitan dengan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah seperti yang berikut:
APAKAH PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA?
Ianya merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan dengan syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti 'tablet' kepada setiap golongan pelajar B40 yang terdapat di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Dalam hal ini, pihak kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM450 juta beserta sumbangan sebanyak RM65 juta daripada syarikat telekomunikasi yang terlibat.
Program ini dijangkakan akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.
Pakej ini tertakluk kepada terma da syarat yang telah ditetapkan.
SYARAT KELAYAKAN
Siapakah golongan yang akan menerima tablet ini?
- Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang merupakan golongan B40 yang mana mempunyai purata pendapatan bulanan bagi seisi rumah di bawah RM4,850 layak untuk menerima bantuan ini.
Selain itu, bantuan ini juga akan melibatkan kesemua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang mana menyambung pelajaran di peringkat pengajian diploma, ijazah sarjana muda, dan diploma lanjutan daripada Politeknik, Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dibawah Kementerian Pengajian Tinggi dan Kolej Komuniti.
JENIS PERANTI YANG DIBEKALKAN
Berikut merupakan jenis peranti yang akan dibekalkan dengan spesifikasi yang minimum:
- WiFi 2.4GHz & 5Ghz
- Minimum RAM 4GB
- Pen stylus disertakan.
- Minimum storan 64GB
- Pengecas USB disertakan
- Bateri minimum 4500 mAh
- Bluetooth 4.1 dan ke atas
- Android OS 10 dan ke atas
- Slot SD Micro sehingga 256GB
- Kamera hadapan minimum 2MP
- Kamera belakang minimum 5MP
- Papan kekunci bluetooth disertakan
- Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
- 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
- Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
TARIKH PENDAFTARAN DAN PERMOHONAN
Bermula 15 April 2022 ini, pemohon sudah boleh membuat pendaftaran dan permohonan untuk mendapatkan pakej ini pada jam 8.00 pagi di laman web rasmi https://perantisiswa.kkmm.gov.my.
Untuk makluman anda, sebarang permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).
Permohonan boleh dilakukan melalui laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my mulai 15 April 2022 pada jam 8.00 pagi.
CARA SEMAKAN STATUS KELULUSAN
Kepada pemohon yang berjaya, keputusan anda akan dimaklumkan melalui e-mel anda.
TARIKH PENERIMAAN PERANTI
Kesemua pengagihan peranti tersebut akan dilakukan pada minggu kedua Jun ini.
Post a Comment
0 Comments