Panduan Mohon Online Bantuan Keluarga Malaysia RM2000 Keluarga B40 Tahun 2022




Terdapat berita baik bagi keluarga yang mana mempunyai Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah pun diperkenalkan oleh piha kerajaan. Nilai bantuan yang akan disalurkan adalah sebanyak RM2,000 untu setiap isi rumah di Malaysia.

Nilai yang disalurkan ini adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan sebelum ini iaitu sebanyak RM1,800.

Berikut merupakan perkongsian kami kepada anda berkaitan dengan syarat yang perlu dipatuhi untuk memohon bantuan ini.

JUMLAH BANTUAN BKM ISI RUMAH 2022

Hasil daripada pembentangan Belanjawan 2022 yang lepas, berikut merupakan kategori bantuan yang akan disalurkan kepada mereka yang berkelayakan.

Isi Rumah RM2,500 - RM5,000:
  • RM800: Lebih daripada 3 orang anak.
  • RM600: 1 hingga 2 orang anak.
  • RM400: Tiada anak.
Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:
  • RM2,000: Lebih daripada 3 orang anak.
  • RM1,500: 1 hinga 2 orang anak.
  • RM1,000: Tiada anak.
Tambahan Isi Kadar Rumah:
  • RM300: Warga emas.
  • RM500: Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
SYARAT KELAYAKAN PEMOHON
  • Ibu bapa tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Sudah berkahwin.

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali dalam masa setahun.

Tarikh untuk melakukan pembayaran akan bermula pada bulan Mac 2022.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BKM

Data pemohon BPR 2021, data penerima BPR 2021 dan BKC B40 yang tidak diluluskan atas sebab menerima GKP akan dibawa secara terus ke dalam sistem BKM untuk semakan status kelayakan.

Namun begitu, sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM, anda hendaklah membuat permohonan BKM yang baharu. 

Bagi penerima yang sedia ada pula, jika anda ingin membuat sebarang perubahan maklumat, anda hendaklah mengemaskini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

TARIKH PERMOHONAN / PENGEMASKINIAN BKM

Bermula 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022, anda boleh membuat permohonan yang baharu dan mengemaskini maklumat. (Tertakluk kepada pindaan yang dilakukan dari semasa ke semasa).

Anda boleh melayari laman web yang tertera untuk mengemaskini dan membuat permohonan secara atas talian:
CARA KEMASKINI MAKLUMAT BKM

BErikut merupakan langkah untuk mengemaskini maklumat BKM 2022:
  1. Anda hendaklah membuka laman web rasmi BKM melalui pautan yang berikut - DI SINI
  2. Kemudian, klik 'Log Masuk'.
  3. Setelah berjaya log masuk, klik 'Kemaskini Permohonan'.
  4. Selanjutnya, masukkan No.MyKad dan klik semak. Isikan semua maklumat yang bertanda (*)
  5. Klik 'Teruskan'.
  6. Selepas itu, anda diminta untuk mengisi kod Captcha dan klik 'Sahkan' Captchanya.
  7. Tandakan 'Perakuan Pemohon Berkenaan 7'. Klik butang hantar bagi meneruskan proses permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, klik 'Butang Cetak' untuk menyimpan rekod permohonan.
MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan Pembentangan Bajet 2022, anda boleh melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di bawah:



Post a Comment

0 Comments