Panduan Mohon Bantuan Keluarga Malaysia RM1,000 (BKM) 2022



Menerusi Belanjawan 2022 yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan telahpun memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan bantuan tunai yang tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 yang mana bertujuan untuk mengurangkan bebanan yang dipikul oleh rakyat sepanjang pandemik COVID-19.

Berikut merupakan informasi yang telah kami kongsikan berkaitan dengan Bantuan Keluarga Malaysia yang telah diumumkan secara rasmi melalui laman web rasmi Bajet 2022.

SYARAT KELAYAKAN

Sekiranya pemohon memenuhi kategori kelayakn seperti yang berikut, mereka layak untuk menerima bantuan ini:

1. ISI RUMAH
  • Ibu atau bapa tunggal / Balu / Janda / Duda / yang mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Sudah berkahwin.

2. WARGA EMAS BUJANG / TIADA PASANGAN
  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / janda / balu / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas.
3. BUJANG
  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / janda / balu / duda yang tidak mempunyai hak yang menepati syarat.
  • Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Had umur adalah 21-59 tahun.
Rujuk ringkasan dalam jadual di bawah:


KADAR BAYARAN BANTUAN BKM YANG DITERIMA MENGIKUT KATEGORI

Kadar bayaran yang akan diterima mengikut kategori adalah seperti yang berikut:
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan (<RM5,000)* : RM600
  • Ibu / Bapa Tunggal (<RM5,000)* : RM5,000 tambahan
  • Isi Rumah (RM2,501 - RM5,000)* : RM400 - RM800
  • Warga Emas (<RM5,000)* : RM3,000 tambahan
  • Isi Rumah (<RM2,500)* : RM1,000 - RM2,000
  • Bujang(<RM2,500)* : RM350

Pendapatan Bulanan


CARA PERMOHONAN

Bagi penerima yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakannya.

Permohonan yang baharu haruslah dibuat jika tiada rekod dalam pangkalan data LHDNM yang sedia ada manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai apa-apa perubahan maklumat, anda hendaklah mengemaskini terlebih dahulu dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Anda boleh melayari httрѕ://bkm.hаѕіl.gоv.mу/ untuk mengemaskini dan membuat permohonan online.

TEMPOH UNTUK MEMBUAT SEMAKAN STATUS & KEMASKINI BKM 2022

Untuk pengetahuan anda, tempoh untuk membuat semakan status & kemaskini atau permohonan baharu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 adalah bermula pada 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022 (selama sebulan).

CARA KEMASKINI MAKLUMAT BKM 

Untuk mengemaskini maklumat anda, anda hendaklah mengikuti langkah-langkah yang berikut:
  1. Anda hendaklah membuka laman web rasmi BKM melalui pautan yang berikut - klіk DI SINI
  2. Kemudian, anda diminta untuk klik log masuk.
  3. Setelah anda berjaya log masuk, klik kemaskini permohonan.
  4. Selepas itu, masukkan No.MyKad dan klik semak. Isikan semua maklumat yang bertanda (*) dengan lengkap.
  5. Klik 'Teruskan".
  6. Isi kod Captcha dan klik untuk mensahkan Captchanya.
  7. Tandakan 'Perakuan Pemohon Berkenaan'. Klik butang 'Hantar' bagi meneruskan permohonan.
  8. Setelah permohonan telah berjaya untuk dihantar, klik butang cetak untuk simpan rekod permohonan.
TARIKH PEMBAYARAN

Sebanyak 4 kali setahun proses pembayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 ini akan dilaksanakan.

Tarikh pembayaran pertama dijangka akan bermula pada bulan Mac 2022.

Post a Comment

0 Comments