Ketahui Cara Tebus RM400 Kredit Shopee Bagi Bulan Januari 2022 Kepada Seluruh Rakyat Malaysia


Kini, pihak kerajaan telah pun melancarkan sebuah program yang dikenali sebagai Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0. Porgram ini sekaligus menawarkan baucar diskaun sehingga RM400 dalam setiap proses pembelian barang-barang elektrik yang cekap tenaga.

Untuk makluman semua, program ini merupakan kesinambungan daripada program-program sebelum ini seperti SAVE 1.0 dan SAVE 2.0. Hal ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai pengguna lagi untuk mendapatkan barangan elektrik yang jimat tenaga bahkan menyumbang kepada penjimatan bil eletrik.

Berikut telah kami kongsikan berkaitan dengan maklumat yang lenih lanjut berkaitan dengan bagaimana caranya untuk menebus baucar diskaun sebanyak RM400.

APAKAH ITU PROGRAM SAVE 3.0?

Program SAVE 3.0 merupakan sebuah program e-rebat maksimum RM400 untuk isi rumah yang mana membeli barangan cekap tenaga. Barangan cekap tenaga perlu menjalani ujian prestasi terlebih dahulu sebelum menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan bagi mendapatkan baucar SAVE 3.0 adalah seperti yang tertera:
  • Warganegara Malaysia dan merupakan pemilik akaun elektrif tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sarawak Energy BHD (SEB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan NUR Power layak memohon.
  • Rebat ini hanya terhad kepada satu akaun sahaja untuk pembelian bagi tahun 2022 berdasarkan kepada 'First Come First Serve Basis'.
  • Proses pembelian boleh diadakan sama ada secara fizikal di kedai elektrik yang berdaftar atau secara dalam talian menerusi platfom e-dagang yang diiktiraf seperti Lazada, Shopee dan PG Mall.
  • Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 adalah tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.

DUA KATEGORI DI BAWAH PROGRAM SAVE 3.0

Untuk makluman semua, terdapat dua kategori di bawah Program SAVE 3.0 ini iaitu:
  • Kategori 1 : Penghawa dingin dan peti sejuk.
  • Kategori 2 : Mesin basuh / Televisyen / Ketuhar gelombang mikro / Periuk nasi


KADAR BAUCAR / REBAT SAVE 3.0

Untuk setiap isi rumah, mereka layak untuk menerima sehingga RM400 e-rebat (RM200 untuk kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk kategori 2) dengan pembelian peralatan elektrik yang cekap tenaga dengan label kecekapan yang tinggi iaitu 4 bintang dan 5 bintang.

CARA PENEBUSAN

Sekiranya anda ingin membuat sebarang penebusan baucar SAVE 3.0 ini di aplikasi Shopee, anda perlulah merujuk gambar rajah yang di bawah:



Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda boleh melayari:
TEMPOH PENEBUSAN

Tempoh pelaksanaan program ini telah ditetapkan iaitu 1 tahun bermula Januari 2022 sehingga Disember 2022.
z


Post a Comment

0 Comments