Panduan Untuk Tebus Baucar Shopee RM100, Tebus Sebelum Disember 2021!

Tahukah anda tentang Baucar Pelancongan Kita Selangor 2.0? Di sini kami akan berkongsikan maklumat tentang Baucar Pelancongan Kita Selangor 2.0. Baucar ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dimana anda boleh menuntut Baucar ini dan boleh digunakan bagi tujuan berbelanja di Selangor.

Dengan adanya baucar ini, sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban dari segi kewangan ketika anda meluagkan masa di Selangor. Tahukah anda? 35 Agensi Pelancongan Negeri Selangor telah menawarkan lebih daripada 150 pakej pelancongan yang menarik untuk anda pergi.

BERAPAKAH NILAI BAUCAR DAN TARIKH TUNTUTAN?

Baucar ini berjumlah sebanyak RM100 dan tempoh untuk membuat tuntuan baucar ini dibuka sehingga Disember 2021. Bagi tempoh sah penggunakan baucar ini pula adalah sehingga Jun 2022.

APAKAH SYARAT KELAYAKAN BAGI MEMBUAT TUNTUTAN BAUCAR INI?

Baca sehingga habis bagi syarat kelayakan membuat tuntutan baucar
  • Mestilah Warganegara Malaysia & memiliki kad pengenalan yang sah
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun 2021
  • Untuk setiap pengguna Shoppe adalah terhad kepada satu transaksi bagi setiap baucar sepanjang tempoh memohon
  • Kempen ini adalah terhad kepada 10,000 baucar pada sepanjang tempoh kempen ini berlangsung
  • Tiada baucar tunai atau kombinasi baucar penerimaan dari medium lain yang dibenarkan bagi setiap transaksi
  • Kempen ini akan diberhentikan jika jumlah baucar habis ataupun tempoh kempen ini berakhir
  • Promosi ini tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain
DIMANAKAH UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN & BAUCAR DIGUNAKAN?

Tuntut baucar ini menerusi platform Shopee di: 

  • Untuk pembayaran pula, ia hanya boleh digunakan di ShopeePay dan hanya boleh ditebus sekali sahaja
  • Untuk makluman, PASTIKAN anda mengambil pakej pelancongan di dalam dalam Pakej Kita Selangor 2.0
Diharapakan maklumat ini dapat memberikan manfaat kepada setiap pembaca.

Post a Comment

0 Comments