SEMAKAN ONLINE
i-Citra 2021: Semakan Tarikh Pembayaran i-Citra Bagi Bulan Disember 2021
Pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh untuk bayaran i-Citra bulan keempat akan dikreditkan ke akaun pengguna. Bayaran yang diterima sama seperti i-Sinar iaitu mengikut tarikh kelulusan dan kategori permohonan masing-masing.
Oleh sebab itu, kami akan berkongsi sedikit sebanyak berkaitan dengan semakan status dan jadual pembayaran pada bulan September dan bulan-bulan yang berikutnya.
TARIKH PEMBAYARAN I-CITRA
Sekiranya tarikh pembayaran i-Citra bagi bulan November jatuh pada tanggal 1 November, maka ia akan jatuh pada tanggal 1 Disember iaitu sebulan selepasnya. Proses pengkreditan ke bank ahli akan mengambil tempoh sekurang-kurangnya 1-3 hari bekerja dan bergantung pada prosedur yang ditetapkan oleh pihak bank.
JADUAL BULANAN BAGI PEMBAYARAN I-CITRA
Jadual pembayaran I-Citra ini sama dengan I-Sinar. Ianya seperti yang tertera:
Tarikh bagi pembayaran bulan pertama akan jatuh pada tarikh yang sama pada bulan kedua dan berikutnya.
Sebagai contoh, sekiranya bayaran untuk bulan pertama bermula pada tanggal 2 Ogos 2021, bayaran kedua dianggarkan akan jatuh pada tanggal 2 September 2021. Ianya berturutan sehingga bulan-bulan yang seterusnya mengikut hari bekerja.
Bayaran akan dikreditkan dalam tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan yang berikut sekiranya lambat membuat pembayaran.
Pemohon boleh membuat semakan status permohonan untuk mengetahui informasi yang lebih lanjut menurut pegawai KWSP.
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS I-CITRA
Untuk melakukan semakan status berkaitan dengan i-Citra, terdapat dua kaedah yang telah disarankan iaitu melalui laman web i-Citra atau i-Akaun
Untuk membuat semakan status melalui i-Citra:
- Anda perlu membuka laman web i-Citra KWSP di https://icitra.kwsp.gov.my/
- Kemudian, anda hendaklah klik pada butang 'SEMAK STATUS' pada paparan skrin berikut.
- Selanjutnya, anda diminta untuk mengisi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Maklumat pembayaran dan status bagi permohonan akan dipaparkan pada skrin anda.
Untuk membuat semakan pembayaran melalui i-Akaun:
- Anda hendaklah membuka aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Seterusnya, log masuk dengan menggunakan ID beserta kata lalulan yang telah ditetapkan.
- Kemudian, semak pada bahagian 'WITHDRAWAL/PENGELUARAN'.
- Seterunya, anda perlu klik pada 'WITHDRAWAL HISTORY'.
- Klik paparan 'i-Citra' yang ditunjukkan.
- Tarikh bayaran akan dipaparkan seperti di bawah.
MAKLUMAT LANJUT
Anda boleh menghubungi Hotline i-Citra di 03-8922-4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us sekiranya anda ingin mengemukakan sebarang soalan.
Untuk info yang lebih lanjut, anda juga boleh melayari laman Facebook rasmi KWSP.
Post a Comment
0 Comments