Panduan Memohon Bantuan Awal Persekolahan RM150 Bagi Murid Sekolah



Melalui pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini, terdapat berita baik untuk para pelajar sekolah. Kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan yang berjumlah RM150 bagi setiap murid.

Seramai 3 juta murid-murid  akan mendapat manfaat melalui Bantuan Awal Persekolahan dan mendapat bantuan sebanyak RM450 juta.

Syarat-syarat kelayakan Bantuan Awal Persekolahan 2022 adalah seperti yang berikut:

APAKAH ITU BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) ?

Pada tahun 2012, Bantuan Awal Persekolahan mula diperkenalkan. Ianya bertujuan untuk meringankan beban yang dipikul oleh ibu bapa bagi membuat perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka terutamanya pada awal tahun ini.

Bantuan ini akan disalurkan kepada murid-murid Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya. Ia diberikan kepada keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000 dan ke bawah.

JUMLAH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)

Sebanyak RM150.00 akan diterima secara one-off oleh murid yang layak menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mulai 2022. Kenaikan sebanyak RM50.00 berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM100.00.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi sekiranya ingin memohon bantuan persekolahan ini adalah seperti yang berikut:
  • Murid Tahun 1 hingga tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang mana berasal daripada kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji pokok atau gaji hakiki dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun-elaun yang bersifat tidak tetap dan elaun lebih masa tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.
  • Murid warganegara Malaysia (anda perlulah menunjukkan bukti seperti sijil lahir/Mykid/Mykad atau apa-apa dokumen yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia). 
  • Bantuan ini disalurkan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
CARA UNTUK MEMOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2022

Tiada pengisian borang yang perlu diisi buat masa ini.

CARA PEMBAYARAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyalurkan bantuan secara berperingkat terus kepada:
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.
  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah.
MAKLUMAT TAMBAHAN

Anda boleh melayari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia dibawah untuk mengetahui syarat-syarat utama mengenai permohonan:

Post a Comment

0 Comments