BKM: Cara Semak & Panduan Memohon Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 Bagi Golongan B40



Melalui Belanjawan 2022, pihak kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan bantuan tunai yang tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 yang bertujuan untuk mengurangkan bebanan yang dipikul oleh rakyat semasa pandemik COVID-19 ini.

Sumbangan yang disalurkan ini merupakan bantuan yang tertinggi berbanding Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu yang bernilai RM1,800 pada tahun ini.

Informasi lebih lanjut berkaitan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz adalah seperti yang berikut.

JUMLAH BANTUAN BKM 2022

Daripada Belanjawan 2022 yang dibentangkan baru-baru ini, amaun bantuan yang akan diberikan adalah terbahagi kepada empat kategori seperti yang berikut:

1. Isi Rumah: Pendapatan RM2,500 - RM5,000 sebulan.
  • RM800: Lebih 3 orang anak.
  • RM600: 1-2 orang anak.
  • RM400: Tiada anak.
2. Isi Rumah: Pendapatan RM2,500 dan ke bawah sebulan.
  • RM2,000: Lebih daripada 3 orang anak.
  • RM1,500: 1-2 orang anak.
  • RM1,000: Tidak mempunyai anak.
3. Tiada Pasangan/Warga Emas Bujang: Mempunyai pendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan.
  • RM600.
4. Bujang: Pendapatan RM2,500 dan ke bawah sebulan.
  • RM350.
Tambahan Bagi Kadar Isi Rumah:
  • RM500: Ibu atau bapa tunggal dengan tanggungan.
  • RM300: Warga emas


CARA MEMOHON

 Untuk pengetahuan anda, cara untuk memohon BKM 2022 belum lagi diperincikan oleh pihak kerajaan buat masa ini dan dijangka akan dikemaskini pada tahun 2022 kelak. Kebanyakan bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan adalah berdasarkan kepada data yang terdapat dalam Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

TARIKH PEMBAYARAN

Tarikh untuk melakukan pembayaran BKM 2022 akan dimaklumkan kelak.

TEMPOH MEMBUAT SEMAKAN & KEMASKINI STATUS BKM 2022

Untuk makluman seluruh masyarakat, pihak LHDN dan Kementerian Kewangan Malaysia belum lagi mengumumkan tempoh untuk membuat sebarang semakan status BKM 2022.

Untuk membuat pengemaskinian maklumat/permohonan baharu BKM pula, anda boleh mula melakukannya bermula pada tempoh yang berikut:
  • 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022 (diberi tempoh selama sebulan) - tertakluk kepada pindaan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT

Untu maklumat yang lebih terperinci berkaitan dengan BKM 2022, anda boleh melayari laman web rasmi Kementerian Kewangan di pautan  https://mof.gov.my/ms/

Post a Comment

0 Comments