Tarikh & Jumlah Pembayaran BKC Miskin Tegar Fasa 2 2021


Untuk makluman anda, ini merupakan maklumat yang penting berkaitan dengan penerima BKC bagi kumpulan miskin tegar yang perlu diketahui.

Bagi kumpulan fasa dua ini, soalan yang selalu dikemukakan adalah berapakah jumlah yang akan diperolehi oleh penerima? Bilakah tarikh untuk membuat pembayaran? dan bagaimana caranya untuk membuat semakan dan selanjutnya.

Oleh yang demikian, berikut merupakan maklumat yang berkaitan dengan BKC untuk kumpulan miskin tegar dan anda diminta untuk membaca dengan teliti agar kesemua maklumat difahami dengan lebih jelas mengenai pembayaran fasa yang seterusnya.

JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA

Jumlah yang akan diterima di bawah kumpulan miskin tegar pada fasa dua nanti adalah seperti yang berikut:
  • Bujang: Sebanyak RM300
  • Isi rumah: RM500
  • Warga emas/sebatang kara: RM300
Anda perlu merujuk jadual yang ada di bawah:


TARIKH PEMBAYARAN BKC UNTUK FASA 2

Pembayaran bagi penerima BKC fasa 2 akan bermula pada bulan November 2021. Tiada tarikh yang telah dikhususkan oleh kerajaan buat masa ini.

Kami dari mkerjaya akan memberi info yang lebih terperinci kelak.

SEMAKAN STATUS BANTUAN BKC

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan bagi status BKC:
  1. Buka laman web BPR di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
  2. Anda perlu log masuk terlebih dahulu dengan menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Kemudian rujuk bahagian menu semakan pada paparan skrin untuk melihat status pembayaran.
MAKLUMAT LANJUT

Maklumat yang lebih terperinci berkaitan BKC, anda boleh merujuknya di sini.





Post a Comment

0 Comments