Panduan Kemaskini Akaun GKP Peniaga, Bantuan Sehingga RM1,000


Kepada mereka yang membuat permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) yang berstatus gagal kredit, kemaskini akaun bank GKP kini telah dibuka.

Pemohon yang menerima status gagal kredit terhadap permohonan yang telah dibuat menyebabkan mereka tidak menerima sebarang bayaran. Oleh sebab itu, pengumuman pembukaan untuk mengemaskini akaun bank telahpun diumumkan oleh pihak LHDN.

TARIKH KEMASKINI

Tarikh untuk melakukan pengemaskinian akaun telah dibuka pada 7 Oktober 2021 sehingga 21 Oktober 2021 ini.

SIAPA YANG PERLU MEMBUAT PENGEMASKINIAN?

Mereka yang perlu mengemaskini akaun adalah penerima:
  • GKP PEMERKASA+
  • GKP 3.0
  • GKP PERMAI
  • GKP 4.0
Buat pemohon yang mempunyai STATUS YANG GAGAL SAHAJA.


SEMAKAN DAN PENGEMASKINIAN AKAUN GKP

Kemaskini akaun GKP hanya akan dilakukan secara atas talian sahaja.

Anda boleh membuat semakan dan juga pengemaskinian akaun GKP dengan melayari laman web yang tertera.
MAKLUMAT LANJUT

Soalan yang berkaitan dengan kemaskini akaun GKP, anda boleh KLIK DISINI.

Sebarang permasalahan atau persoalan tentang pengemaskinian akaun GKP, anda boleh menghubungi:
  • BKK LHDNM: 1-800-8-2747
  • Facebook: LHDNM
  • Hotline MoF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Twitter: @LHDNMofficial

Post a Comment

0 Comments