Bantuan Kewangan RM200 Sebulan Bagi Ibu B40

Tahukah anda bahawa negeri Selangor telah mewujudkan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS Selangor) yang mana memberikan bantuan wang ringgit sebanyak RM200 sebulan kepada golongan ibu di Selangor terutamanya kepada B40 menerusi Belanjawan Selangor pada 24 Oktober yang lalu.

KISS SELANGOR

Program ini merupakan suatu bantuan kebajikan yang diberikan kepada kaum ibu di Selangor yang bertujuan untuk memudahkan dan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan yang berupa wang ringgit bagi membeli barangan keperluan asas.

Melalui penubuhan program ini, ibu-ibu yang layak boleh berbelanja di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai dengan menggunakan kad KISS Selangor.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat utama 
  1. Mestilah tersenarai di dalam senarai golongan orang miskin ataupun miskin tegar yang terdapat di dalam data e-Kasih.
  2. Perlulah berdaftar sebagai pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) di kategori pendapatan bawah RM2,000.
Syarat lain
  1. Mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemilih yang berdaftar di Selangor.
  3. Hendaklah lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  4. Pendapatan isi rumah yang di bawah RM2,000.
  5. Wanita yang sudah berkeluarga (ibu tunggal atau berkahwin) yang mempunyai anak atau tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun bagi yang masih belajar di pengajian tinggi ataupun universiti.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN 

Secara atas talian (online):
  1. Anda perlu membuka laman web www.kiss.com.my
  2. Klik paparan Permohonan Online (Ibu tunggal)
Secara manual:
1. Anda perlulah memuat turun borang pendaftaran dari laman web rasmi yang tertera atau boleh ambil di:
  • Penyelaras Parlimen/Pejabat Ahli Parlimen
  • Pejabat Ahli Dewan Negeri/Penyelaras Dewan Negeri
  • Pusat Wanita Berdaya
  • Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Bagan, Kampung Baru, Ketua Komoniti India dan Pejabat Ahli Majlis
2. Borang perlulah diisi dengan lengkap besertakan dokumen yang diperlukan.
3. Borang yang sudah dilengkapkan haruslah diserahkan ke Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor/Pejabat Ahli Dewan Negeri/Penyelaras Dewan Negeri.

MANFAAT KAD KISS SELANGOR
  1. Setiap ahli yang layak akan diberi kad KISS.
  2. Kad KISS boleh digunapakai di kedai dan pasaraya yang berdaftar.
  3. Urusniaga pembelian dijalankan secara cashless.
  4. Had bulanan bagi pembelian keperluan asas adalah sebanyak RM200
  5. Baki nilai bagi bulan yang terdahulu tidak akan dibawa ke bulan yang seterusnya.
  6. RM200 akan ditambah nilai setiap bulan secara automatik melalui kad KISS.


SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang aduan atau permasalahan serta pertanyaan berkaitan dengan KISS Selangor, anda boleh menghubungi pihak pengurusan yang tertera.

Talian hotline: 1800-22-6600
Faks: 03-5525 6900
Emel: admin@selcare.my

Post a Comment

0 Comments