SEMAKAN ONLINE
Mohon Penangguhan Pembayaran TEKUN Sehingga 31 Ogos 2021, Baca Untuk Panduan Permohonan!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIYrJq3iKAzauEd9kzE6RGgkvBRWyLu0Dyv5DpGEA7wecHmqiVA8cqV9T82XA17s1G7dqAo8RH5Hu2PyWMnuDmS5oharuBdZEsymDoJsXmg28vfxKu6qOjFYnBScT52K_MFWPtOhtxGDM/w640-h334/tekun+%25281%2529.png)
Berikut adalah berita baik buat anda kepada peminjam TEKUN, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Total Lockdown dilaksanakan kerajaan yang diucapkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Malaysia - Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Oleh itu, permohonan penangguhan pembayaran balik bagi pinjaman TEKUN boleh dilakukan pada Jun 2021 sehingga 31 Ogos 2021.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1qYViIC3UYvoMAix-4jgt0Vw_EB7U2JYkM_eayW-MblPjrtN-SnS_YFu47ZSqZuGVLJK-bnYUlqmf2QxibcZ4dtMcV1BeIRx5eu1qcm_8HgKgVeJkDa12eqc8XkueVYgKgDdd82bI2EQ/w640-h640/tekun+penangguhan+bayaran+balik.jpg)
Penangguhan bayaran balik pinjaman ini hanya akan diberikan kepada pembiayaan yang tertunggak tidak melebihi 6 bulan. Untuk memohon, anda boleh membuat permohonan secara online di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSedy2Ne70i8OhlcCyA8f_mJIEBYLoV5t-Z-G_xgvt4dIa5vAg/viewform
PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN TEKUN SELAMA 3 BULAN
Penangguhan bayaran balik pembiayaan TEKUN selama 3 bulan kepada usahawan yang terjejas akibat Covid-19
- Permohonan boleh dibuat bermula pada Jun 2021 sehingga 31 Ogos 2021
- Penangguhan ini hanya diberikan kepada pembiayaan yang bertunggakan tidak melebihi 6 bulan pada 30 April 2021 atau 31 Mei 2021
- Tempoh untuk penangguhan ini dari Jun 2021 sehingga Ogos 2021
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg25qWbulq_-g6dn4PbMkO0NVqMhNyMfUL1y9chsIXLDv97sreZVrutPmH8H58fK_dQSpEynw-Gg6sGDiMy2ankO1yIf8PFEzuzGsOZPSX6ROncOIpm_QgMh-22LJh4_tdNrQXOosOpL4s/w640-h640/pengguhan+bayaran+balik+tekun.jpg)
SOALAN LAZIM PENANGGUHAN BAYARAN BALIK
MAKLUMAT LANJUT
Anda boleh membaca soalan lazim penuh di https://www.tekun.gov.my/wp-content/uploads/2021/06/FAQ-Penangguhan-Bayaran-1.pdf.
Semoga maklumat yang dikongsikan ini bermanfaat kepada semua pembaca dan jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ke semua media sosial anda.
Post a Comment
0 Comments