Geran Khas Prihatin 3.0: Bantuan Tambahan RM1,000 Bermula Jun 2021



BANTUAN TAMBAHAN RM1,000 JUN 2021 - GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 (GKP)

Kerajaan telah memperkenalkan lagi Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 bagi membantu sektor ekonomi khususnya Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) mikro tempatan. 

Bantuan ini bertujuan bagi membantu sektor ekonomi khususnya kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) mikro supaya dapat membangunkan perniagaan mereka susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Total Lockdown yang dilaksanakan kerajaan bermula pada 1 Jun sehingga 12 Jun 2021.

GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) 3.0

Geran Khas Prihatin (GKP) seperti yang kita tahu merupakan bantuan kewangan bagi Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro kepada yang layak dan bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada secara one-off yang berjumlah RM1,000. Ini akan meringankan lagi beban kewangan perniagaan yang dihadapi bagi tempoh masa yang mencabar ini.

KELAYAKAN UNTUK MENERIMA GKP 3.0 & JUMLAH BANTUAN GKP 3.0

Sila baca untuk kelayakan menerima GKP (3.0) dan jumlah bantuan

Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0. Jumlah: RM1,000 (one-off)
Lulus permohonan baharu GKP 3.0. Jumlah: RM1,000 (one-off)

TARIKH PERMOHONAN BAHARU GKP 3.0

Tarikh permohonan baharu GKP 3.0 adalah pada 1 April 2021 sehingga 15 april 2021 lalu.

TARIKH PEMBAYARAN GKP 3.0

Kepada pemohon GKP 3.0, anda boleh menyemak keputusan permohonan anda bermula awal Jun 2021 di portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my/ 

PERBEZAAN DIANTARA GKP PERMAI & GKP 3.0


MAKLUMAT LANJUT 

Kepada sesiapa yang ingin mengemukakan sebarang pertanyaan tentang status permohonan GKP 3.0, anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (luar negara).

Anda juga boleh membaca soalan lazim mengenai GKP 3.0 di SOALAN LAZIM.

Semoga maklumat ini bermanfaat kepada setiap pembaca dan jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ke semua media sosial anda.

Post a Comment

0 Comments