Cara Untuk Mohon Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) & Tarikh Pembayaran BPR 2021



Kepada pemohon yang gagal bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), berita baik buat anda rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh dibuat bermula 15 Jun 2021. 

Kementerian Kewangan Malaysia ingin memaklumkan bahawa proses rayuan dibuka kerana untuk memastikan bantuan ini dapat membantu dan disampaikan kepada yang benar-benar layak.

BPR FASA 2 TIDAK LULUS, APA SEBABNYA?

Berikut adalah alasan kepada BPR tidak lulus:

05 - Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
12 - Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
36 - Pemohon / pasangan adalah penerima Geran Khas Prihatin (GKP)
31 - Status perkahwinan perlu pengesahan
39 - Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

TARIKH UNTUK MEMBUAT RAYUAN BPR

Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh dibuat bermula pada 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021.


KATEGORI KELAYAKAN UNTUK MEMBUAT RAYUAN

2 Kategori yang layak untuk membuat rayuan adalah:
  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021
  • Pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan, dan perubahan pendapatan sahaja.
KOD ALASAN TIDAK LULUS BPR

Anda boleh baca untuk KOD alasan tidak lulus & dokumen sokongan di >KLIK SINI<

LANGKAH PERMOHONAN RAYUAN BPR 

Bagi membuat permohonan rayuan BPR. 2 kaedah yang boleh digunakan iaitu:

Secara atas talian/online:
  • Layari portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/.
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  • Masukkan kata laluan dan klik butang ‘Log Masuk.’
  • Mohon rayuan dengan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
Hantar borang rayuan BPR:
  • Borang Rayuan BPR 2021 boleh dihantar di Cawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu.
TARIKH PEMBAYARAN

Kepada pemohon rayuan yang berjaya, anda akan menerima pembayaran BPR tambahan & BPR fasa 3 pada Ogos 2021.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan tentang rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, anda boleh menghubungi pihak LHDNM di talian 1-800-88-2747 atau melayari https://bpr.hasil.gov.my/ bagi maklumat lanjut.

Semoga maklumat ini bermanfaat kepada semua pembaca dan jangan lupa untuk kongsikan maklumat ini ke semua media sosial anda.

Post a Comment

0 Comments