PEMERKASA: Panduan Permohonan & Maklumat tentang e-Wallet Belia RM150



PEMERKASA 2021

Berita baik kepada anda yang berumur 18 sehigga 20 tahun. Kerajaan telah mengumumkan satu pakej bantuan bagi golongan belia melalui Program PEMERKASA 2021. Dalam Ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Program eBelia ini akan ditambah baik.

Kami akan mengongsikan kepada anda tentang maklumat Bantuan e-Wallet Belia telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Program PEMERKASA 2021 semalam.

BANTUAN E-WALLET PEMERKASA 2021

Seperti yang kita tahu sebelum ini, jumlah bantuan e-Wallet PEMERKASA 2021 ini adalah sebanyak RM100. Setelah ditambah baik, jumlah terkini adalah sebanyak RM150.

BILAKAH E-WALLET AKAN DIKREDITKAN?
  • e-Wallet akan dikreditkan bermula pada Jun ini
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

Golongan belia yang berumur lingkungan 18 sehingga 20 tahun
Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa

Program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu golongan belia dengan memanfaatkan 2 juta orang dengan peruntukan sebanyak RM300 juta.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?
  • Muat turun aplikasi TNG E-wallet/Boost/Grab
  • Isi maklumat peribadi dengan lengkap
  • Pastikan anda membuat verifikasi akaun mengikut arahan
  • Akhir sekali tunggu pengkreditan e-wallet, sekiranya anda layak pengkreditan akan dibuat ke akaun e-wallet anda.

Walaubagaimanapun, maklumat ini akan dikemaskini sekiranya ada maklumat baru dari semasa ke semasa.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua pembaca dan jangan lupa unutk share info ini ke semua media sosial anda. Terima kasih!

Post a Comment

0 Comments