PEMERKASA: Bantuan Telefon Pintar RM300 Bagi Golongan B40



Baru-baru ini di dalam perutusan khas oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan menambah baik jumlah subsidi bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu yang sebelum ini berjumlah RM180 di naik kan kepada RM300 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Jika sebelum ini jumlah subsidi bagi bantuan telefon pintar adalah sebanyak RM180, berita baik untuk anda yang jumlah ini akan di naik kan kepada RM300.

Berikut dikongsikan tentang maklumat terperinci tentang bantuan ini kepada anda

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON SUBSIDI TELEFON PINTAR RM300

  1. Bantuan ini adalah kepada semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan bertujuan sebagai menaik taraf jurang digital bagi golongan B40 dan menaikkan agenda pendigitalan di negara ini.
  2. Selain itu, bantuan ini juga bertujuan sebagai perbelanjaan langganan internet atau menampung separuh pembelian telefon pintar atau peranti yang baharu.
  3. Subsidi ini juga bertujuan untuk isi rumah daripada golongan B40 yang mempunyai anak yang masih bersekolah yang mana di masa kini pembelajaran dari rumah dengan menggunakan alat digital amat penting.

PERUNTUKAN SUBSIDI TELEFON PINTAR RM300

Peruntukan bagi subsidi ini adalah sebanyak RM2 billion dan akan dilancarkan bermula pada awal bulan Mei 2021.

Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeruh kepada seluruh syarikat telekomunikasi di Malaysia agar dapat menawarkan pakej internet mampu milik dan meneruskan kuota tambahan.


BILAKAH TARIKH BANTUAN INI AKAN DILACARKAN?

Untuk masa sekarang, bantuan ini akan dilaksanakan bermula pada awal bulan Mei 2021

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?

Bagi membuat permohonan, setakat ini belum ada pengunguman rasmi tentang cara untuk memohon subsidi ini. Oleh itu, anda diminta untuk mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa tentang cara membuat permohonan bagi subsidi telefon pintar RM300 ini.

Diharapkan dengan informasi ini dapat memberikan manfaat kepada setiap pembaca. Terima kasih!



Post a Comment

2 Comments

  1. Bantuan isi rumah sepatutnya bukan bergelar B40 ..ini akan mengelirukan seberapa org yang berada dlm golongan tersebut..patut ia diberi kelainan sedikit contoh K40 maksudnya KELUARGA dlm lingkungan 40 keatas..! Bagi b40 ini sudah tersedia maklum kelayakannya sebagai contoh bujang terlajak perlu ada tolakan atau dorongan untuk sampai kepada K40 bilangan untuk B40 ini cukup terhad pada bilangannya ..beri sedikit alasan utk semua tahu golongan ini tidak dpt meneruskan status yg seterusnya sebelum2nya dan hari ini ?? 🙆

    ReplyDelete
  2. Hp rosak skrin pecah nk beli hp duit x cukup klu boleh minta bantuan

    ReplyDelete