SEMAKAN STATUS KEMASUKAN DUIT I-LESTARI KWSP BULAN NOVEMBER 2020 (JADUAL BAYARAN)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun Kedua termasuk memaparkan tarikh bayaran dan aplikasi semakan

PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

Pengeluaran i-Lestari adalah merupakan satu kemudahan kewangan yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan tekanan kewangan rakyat Malaysia ekoran penularan wabak Covid-19.

TARIKH BAYARAN PENGELUARAN I-LESTARI

Menurut makluman, pembayaran pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan November 2020 akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 2 November 2020 secara berperingkat.

\

CARA SEMAK BAKI DAN TRANSAKSI BAYARAN I-LESTARI KWSP

A. Anda boleh semak melalui i-Akaun bagi yang sudah mendaftar
  1. Daftar atau log in ke i-Akaun (Ahli) melalui laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my. Untuk pendaftaran baharu sila daftar di Kiosk KWSP berdekatan.
  2. Masukkan User ID untuk ke halaman utama i-Akaun.
  3. Lihat di bahagian ‘Withrawal’, anda boleh tahu sama ada pengeluaran i-Lestari telah dikreditkan pada ‘payment date’.
B. Bagi anda yang telah dikreditkan ke akaun bank akan dimaklumkan dengan penghantaran SMS daripada KWSP

Untuk keterangan lanjut tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP, sila layari ke laman web KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/faq-i-lestari.