Program Subsidi Upah 2.0 PERKESO Pakej Prihatin PKS



PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO RM600 

Cara untuk menuntut dan mohon RM800-RM1200 untuk pekerja dalam Program Subsidi Upah, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin. Kepada semua majikan, pastikan anda baca info penuh berkenaan Program ini.

PROGRAM SUBSIDI UPAH 

Program Subsidi Upah ini adalah merupakan perluasan kepada Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program - ERP) iaitu bantuan kewangan segera bagi membantu majikan yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50% supaya dapat mengekalkan pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Majikan perlu membaut tuntutan bagi pihak pekerja untuk pelaksanaan Program Subsidi Upah yang diumumkan oleh kerajaan pada 27 Mac 2020 lepas iaitu pemberian RM600 kepada pekerja setiap bulan selama 3 bulan. Pemberian RM600 ini dikhaskan untuk majikan yang mempunyai lebih dari 200 orang pekerja.

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

Akhir sekali, bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat-syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata majikan yang menuntut tidak dibenarkan membuang pekerja, memotong gaji mahupun mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji mahupun mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.

Berikut adalah perkongsian mengenai syarat kelayakan permohonan, cara untuk memohon dan kaedah pembayaran dilakukan.

Baca juga Cara Untuk Mendaftar Permohonan Baru & Semakan e-Kasih Online

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON

Berikut adalah syarat kelayakan majikan dan pekerja bagi membantu permohonan Program Subsidi Upah
  • Pekerja yang telah berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.
  • Majikan mengalami penurunan pendapatan sebanyak 50% bermula 1 Januari 2020.
  • Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh 3 bulan selepas program ini dilaksanakan.
  • Majikan tidak dibenarkan memotong gaji pekerja sedia ada.
KAEDAH PEMBAYARAN
  • Bayaran perlu dikreditkan terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO.
  • Bayaran bagi pekerja yang layak di bawah insentif ini akan dilaksanakan melalui majikan.
BAGAIMANA MEMOHON

Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja mereka bermula 1 April 2020 melalui laman web PERKESO.

Pekerja akan menerima bantuan ini selama 3 bulan iaitu sebanyak RM600 setiap bulan. Untuk maklumat lanjut emelkan pertanyaan anda ke perkeso@perkeso.gov.my atau layari laman web rasmi PERKESO.


PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO 2.0

Permohonan untuk Program Subsidi Upah akan berakhir pada 30 September 2020 ini. Namun, pihak kerajaan yang memahami masalah yang dihadapi oleh majikan dan pekerja dalam sektor tertentu, telah memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang terjejas.


Ciri-ciri utama Program Subsidi Upah 2.0 
  • Subsidi upah diberi kepada majikan yang masih terjejas iaitu syarikat yang sejak PKPP masih menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30% berbanding tahun lepas.
  • Subsidi upah diberi sehingga 3 bulan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja.
  • Permohonan dibuka dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020
  • Permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan di bawah Program Subsidi Upah 2.0, mereka layak menerima subsidi upah sehingga 6 bulan.
Nota : Sebarang maklumat lanjut dan terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Post a Comment

1 Comments

  1. Adakah saya layak untuk mendapatkan bantuan subsidi upah 2.0?

    ReplyDelete