Langkah Tebus Data Internet 1GB Setiap Hari Secara Percuma Di Seluruh Malaysia Sehingga 31 Disember 2020


TEBUS DATA 1GB PERCUMA ANDA 



Tebus data internet percuma anda yang telah diperkenalkan dalam pelan PENJANA. Dalam program ini, anda berpeluang untuk menggunakan 1GB data kuota setiap hari sehingga 31 Disember 2020.

Kemudahan 1GB data secara percuma ini adalah salah satu langkah kerajaan untuk memudahkan pembelajaran dari rumah dilakukakan.
Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk menebus 1GB data kuota percuma setiap hari pada setiap rangkaian. 


1. DIGI

  • Tawaran ini akan diterima kepada pelanggan pascabayar dan broadband Digi sebanyak 1GB setiap hari.
  • Data percuma pada jam 8 pagi hinggan 6 petang.
  • Penebusan adalah dibuat melalui aplikasi MyDigi yang boleh di muat turun di Aps Store/Playstore.
Klik sini untuk maklumat lanjut : laman Digi


2. CELCOM
  • Buat pengguna Celcom, anda tidak perlu buat sebarang penebusan kerana data percuma akan dimasukkan ke dalam akaun anda secara automatik setiap hari.
  • Data internet percuma boleh dinikmati dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
  • Baki data yang tidak digunakan akan terhapus dan tidak boleh di bawa ke hari berikutnya.



Klik sini untuk maklumat lanjut : laman Celcom


3. MAXIS
  • Penawaran data percuma ini adalah untuk pengguna semua pelanggan pascabayar dan prabayar Maxis tidak termasuk pengguna MaxisONE.
  • Penebusan perlu dibuat setiap hari dan boleh digunakan pada jam 8 pagi hingga 6 petang.
  • Penebusan data adalah melalui tiga aplikasi berbeza Maxis bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.
Klik sini untuk maklumat lanjut : laman Maxis


4. UMOBILE
  • Penawaran data percuma ini adalah buat pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband tidak termasuk pengguna WeChat Go.
  • Penggunaan internet percuma ini tiada had untuk pengguna layari dan juga boleh gunakan hotspot.
  • Tawaran internet percuma hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang. Penggunaan selain daripada waktu itu akan diambil kira pakej data langganan bayar sendiri.
Klik sini untuk maklumat lanjut : laman Umobile


5. YoDoo
  • Lain daripada pengguna telco yang lain, YooDo lebih menarik dengan tawaran penggunaan data percuma yang boleh digunakan tanpa had dan boleh digunakan sepanjang hari.
  • Data percuma ini adalah bermula 30 Mac sehingga 14 April 2020 buat akaun yang aktif dan akan dimasukkan ke dalam akaun secara automatik.
  • Data percuma ini akan ditambah pada baki sedia ada. Sebagai contoh, jika baki anda ada 5GB, YooDo akan tambah 1GB menjadikannya 6GB apabila menerima data percuma itu.



Klik sini untuk maklumat lanjut : laman YooDo


6. Unifi Mobile 
  • Unifi Mobile telah menawarkan pas hotspot 999GB LTE secara percuma sehingga 14 April 2020
  • Penawaran ini adalah buat pengguna Unifi Mobile Postpaid (unifi Mobile 99, webe RM79 & unifi Mobile Pek Jasa) dan unifi Mobile Biz Postpaid (unifi Mobile Biz 99 & unifi Mobile Biz 79)
  • Pengguna tidak perlu membuat penebusan kerana ia kan diaktifkan secara automatik.
Klik sini untuk maklumat lanjut : laman Unifi


Berikut adalah langkah-langkah untuk menebus 1GB di rangkaian yang terlibat di seluruh negara sehingga 31 Disember 2020. Dihrapkan info ini akan memberikan manfaat kepada seluruh warga Malaysia.




Post a Comment

0 Comments