Panduan Semakan Status Permohonan Rayuan BKSS 3.0 Kepada Isi Rumah & Bujang 15 Jun 2020


SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BKSS 3.0

Merujuk kepada Kerajaan Sarawak akan memberikan bayaran tunai secara one-off iaitu bayaran sekali sebanyak RM500 untuk 377,806 warganegara Malaysia yang bujang dan berumur 21 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Dan kepada isi rumah yang tidak tersenarai dalam BKSS fasa pertama akan menerima bayaran sebanyak RM1,500.


CARA MEMBUAT PENYEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BKSS 3.0 BAGI ISI RUMAH & BUJANG MULAI 15 JUN

Berikut adalah perkongsian maklumat berkenaan dengan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 termasuk jumlah bayaran, pemaparan tarikh dan aplikasi semakan :
Bayaran BKSS 3.0 akan dibuat kepada individu Bujang B40 mulai 15 Jun 2020 dengan jumlah bayaran sebanyak RM500 secara one.

Tarikh Semakan : Mulai 15 Jun 2020



TARIKH PEMBAYARAN BKSS 3.0

JUMLAH BAYARAN BKSS 3.0
  • Bantuan sebanyak RM500 itu akan diberi sekali sahaja kepada warganegara Malaysia yang bujang dan layak untuk memohon.
  • Bantuan sebanyak RM1,500 akan diberikan kepada ketua isi rumah yang layak.

SEMAK STATUS BKSS 3.0 SECARA ONLINE

Keputusan rayuan yang telah dibuat akan dimaklumkan kepada mereka yang layak selepas 15 Jun 2020 melalui cara berikut:

1. Semakan status boleh dibuat secara online di laman web https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang ‘Submit’.

Nota :

i. Bagi yang mempunyai telefon bimbit, keputusan akan dimaklumkan secara SMS.

ii. Boleh semak di Pejabat Daerah berdekatan.
CARA PEMBAYARAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 3.0

A. Individu Bujang

1. Kepada mereka yang mempunyai akaun bank berdaftar seperti LHDN, bayaran akan dimasukkan secara terus ke akaun bank penerima yang layak.

2. Dan kepada yang tidak mempunyai akaun bank yang berdaftar
dengan LHDN, bayaran secara tunai akan diberi secara bersemuka dan perlu dituntut di Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak
di seluruh negeri Sarawak.

B. Isi Rumah B40

1. Jikalau ada akaun bank yang berdaftar dengan LHDN, bayaran
RM250 setiap bulan sebanyak selama 6 bulan mulai 15 Jun 2020.
Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank.

2. Kalau tidak ada akaun bank berdaftar dengan LHDN, RM750 dibayar secara tunai bermula 17 Jun 2020 dan RM750 lagi dibayar bermula 17 Julai 2020. Bantuan tersebut boleh dituntut di Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak di seluruh Sarawak.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang BKSS 3.0, sila hubungi di talian 082-555-999 atau e-mel ke 555999@sarawak.gov.my

Post a Comment

36 Comments

  1. Says nak buat pemohonan rayuan bkks bagi individu bujang berumur 40 thn ke atas..

    ReplyDelete
  2. Saya belum lagi menerima Bayaran untuk bujang. Seperti yang dijanjikan bayaran akan dikereditkan 15JUN.Tapi sampai sekarang belum lagi Terima bantuan bujang bkss 3.0

    ReplyDelete
  3. Nape duit bantuan bkss 3.0 bujang blm masok akaun saya,seperti yang dijanjikan byaran akan dikereditkan 15jun,smpai skrng blm masok akaun bank sya

    ReplyDelete
  4. Kenapa semakan saya di buat (tiada rekod)

    ReplyDelete
  5. Kenapa semakan saya tiada rekod

    ReplyDelete
  6. Kenapa blom masok lg?sudah apply tp check xde rekod..smpai hri ini pon xde masok agy

    ReplyDelete
  7. Saya punya belum masuk lagi ..

    ReplyDelete
  8. Tiada rekod tu maknanya xlayak kah apa

    ReplyDelete
  9. Geng kaki kencing sarawak. Dengar boleh percaya jangan.

    ReplyDelete
  10. knpa saya belum masuk lagi..semakan pun cakap tidak di jumpai

    ReplyDelete
  11. Bkss belum masuk lagi untuk bujang...dah 1 bulan lebih

    ReplyDelete
  12. Bila lagi bkss saya lulus.rayuan sudah dibuat.saya jga penerima bsh

    ReplyDelete
  13. Knpa saya masih dlm tiada rekod ...
    (Bkss 3.0 bujang 21 ke atas)

    ReplyDelete
  14. puk mak jo tok..mn nya dsblh ku bdepak palak nya ku tampa ku...si al slak.jgn ckp ajk kau ya.nk tlg rakyat apa lh..kta tgu lh kjtuhan kerajaan swk tk klk..tga lh...

    ReplyDelete
  15. Kmk nak berkluarga tok pun blom Ada juak..daripda bulan April sampai knek tok..mdah ujung bulan julai..tok tok dah 28 julai..blom Ada perubahan status langsung....

    ReplyDelete
  16. kmk pun blom nerima bkss rayuan b40...kmk dpt bsh

    ReplyDelete
  17. Knapa saya penerima bsh tpi belum terima bayar bkss dari awal..tolong beri pnjelasan kpda sya

    ReplyDelete
  18. Penerima bsh tidak perlu buat pemohonan bantuan bkss ..secara automtik terima bantuan bkss.tpi sya penerima bntuan bsh pendaptan bawah 2000 ...belum pernah dapat bantuan bkss dari sejak awal pun...

    ReplyDelete
  19. Saya harap kali ini hujung bln julai bkss akan masuk akaun lumpsum sbb saya blm menerima apa2 lagi sejak bkss dibayar..Aamiin

    ReplyDelete
  20. Bkss bulan julai saya belum lagi msuk akaun.sedangkan bsh saya layak.d manakh perbezaan bantuan itu?

    ReplyDelete
  21. Bkss bulan 4,5,6 biasa jk masuk..tba² bulan 7..trs xda masuk..sedang berkeluarga..bkn bujang pun..

    ReplyDelete
  22. Bkss saya start masuk bulan 7 dan seterusnya bulan 8.kenapa bulan 4,5 dan 6 tak ada??adakah saya cuma terima bkss 3 bulan sahaja?sedangkan bkss selama 6 bulan.

    ReplyDelete
  23. *Pemohonan ini telah dikemukakan pada 24/05/2020 03:28:29 PM
    Pemohon
    KHOO xxx xxxxx

    Pasangan
    TIADA REKOD

    Pihak kami masih dalam proses mengemaskini data-data rayuan. Keputusan rayuan akan dimaklumkan setelah pengemaskinian selesai.

    ReplyDelete
  24. *Pemohonan ini telah dikemukakan pada 24/05/2020 03:28:29 PM
    Pemohon
    KHOO Jxx HxxxG

    Pasangan
    TIADA REKOD

    Pihak kami masih dalam proses mengemaskini data-data rayuan. Keputusan rayuan akan dimaklumkan setelah pengemaskinian selesai.

    ReplyDelete
  25. ada kah saya layak menerima bkss

    ReplyDelete
  26. Knapa duit bantuan bkss bujang blh dimasukkan ke kad bank..sampai skng tak thu nak ambil sdngkn sya langsung tiada kad bank..

    ReplyDelete
  27. Bantuan bpn menggunakan baucer.. Yg pelik bantuan bkss bujang bulan April tiba2 menggunakan kad bank. Smpai hri ini, tiada maklum balas mengenai perkara tersebut. Ada sesiapa blh bgithu bagaimana nak dapatkan duit bantuan klau tiada kad bank tpi duit tersebut dikatakan dikreditkan

    ReplyDelete