Cara Membuat Permohonan Rumah Mampu Biaya Johor 2020 Secara Online


PERMOHONAN  RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR 2020

Kami ingin berkongsi dengan anda tentang Rumah Mampu Biaya Johor 2020 dengan memaparkan tentang syarat kelayakan permohonan, ciri-ciri perumahan dan cara untuk memohon secara online.

Tarikh untuk memohon : 26 Mei - 25 Ogos 2020


CIRI-CIRI RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR 2020
A. Rumah Mampu Biaya A

  • Harga : RM42,000
  • Rumah teres dua tingkat
  • Gerisik, Tangkak
  • 32 unit, 720 KP
B. Rumah Mampu Biaya B
  • Harga : RM80,000
  • Rumah teres dua tingkat
  • Gerisik, Tangkak
  • 48 unit, 850 KP

Sila rujuk gambar di bawah :




SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PERUMAHAN MAMPU BIAYA JOHOR 2020



Berikut adalah syarat-syarat kelayakan sebelum memohon :

  • Warganegara Malaysia dan menetap selama 5 tahun di Johor dan berumur 18 tahun ke atas
  • Berkahwin/Bujang layak memohon
  • Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua
  • Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri
  • Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon rumah kedua iaitu RMMJ
  • Hanya satu (1) pemilikan sahaja bagi Kedai Kos Sederhana Rendah
  • Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/rumah mewah tidak LAYAK memohon
  • Tempoh sah pendaftaran Rumah Mampu Milik adalah SETAHUN dari tarikh pendaftaran

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR 2020 SECARA ONLINE


Permohonan secara atas talian boleh dibuat dengan melalui pautan di bawah


Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang rumah mampu biaya johor 2020, anda boleh rujuk maklumat di bawah 
  • Bahagian Perumahan
  • Aras 1, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak,
  • Kota Iskandar,
  • 79503 Iskandar Puteri, Johor
  • No. Tel : 07-2666260 / 07-2666261
  • Email : erumah@johor.gov.my

Post a Comment

0 Comments