Cara Mendaftar Skim Rumah Pertamaku (SRP) Bagi Pekerja Sektor Swasta



SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

Skim Rumah Pertamaku merupakan inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh kerajaan Malaysia bagi membantu pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5000 setiap pemohon) agar dapat memiliki rumah pertama mereka.

Cagamas SRP Berhad akan memberikan jaminan kepada setiap bank-bank kepada pembiayaan yang lebih daripada 90%. Contoh, jika seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP Berhad akan menjamin 10% (daripada 90% - 100%) daripada jumlah pembiayaan.




PEMOHON YANG LAYAK 

  • Warganegara Malaysia 
  • Pembeli rumah pertama sahaja
  • Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  • Pemohon individu atau bersama
  • Individu yang berumur tidak lebih daripada 40 tahun
  • Bekerja di sektor swasta, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman atau pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan

Pendapatan kasar bulanan isi rumah :

  • Tidak melebihi daripada RM5,000 bagi pemohon individu/bersama
  • Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 - bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak melebihi daripada RM5,000)
  • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas
CIRI-CIRI DAN FAEDAH UTAMA

Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
  • Pembiayaan sehingga 100%
  • Harta kediaman sahaja
KEPERLUAN PEMBIAYAAN
  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan
  • Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:
  • Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://learn.akpk.org.my
  • Tempoh moratorium selama 5 tahun

HARTA YANG LAYAK 
  • Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)




ANTARA BANK YANG MENAWARKAN PINJAMAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)


HUBUNGI BANK-BANK MENGIKUT LOKASI ANDA


PENDAFTARAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)





Semua pemohon boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan bank yang terlibat seperti di atas. Atau untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari Portal Rasmi Skim Rumah Pertamaku (SRP) melalui pautan di bawah

Post a Comment

0 Comments