TERENGGANU : Cara-Cara Untuk Membuat Permohonan Diskaun Khas 30% Sewaan Bulan Premis Perniagaan 6 Bulan



PENGENALAN

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperkenalkan beberapa insentif bagi membantu lima agensi di bawah kementeriannya yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Menterinya, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata lima agensi berkenaan termasuk Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA); Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA); Lembaga Kemajuan Wilayah Johor Tenggara (KEJORA); Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Terengganu Tengah (KETENGAH).

Katanya, antara insentif yang diperkenalkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) termasuk memberikan diskaun sehingga 30 peratus masing-masing bagi sewaan premis perniagaan dalam tempoh enam bulan serta bagi sewaan tanah untuk tempoh sama.

“Bagi agensi KETENGAH, turut menyediakan diskaun sebanyak 30 peratus selama enam bulan kepada usahawan yang menyewa di premis perniagaan serta menangguhkan bayaran sewa atau sewa beli rumah kediaman KETENGAH selama tiga bulan mulai April hingga Jun membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM300,000.

“Diharapkan dengan pelaksanaan insentif ini akan membantu mereka yang terjejas di LKW serta dapat meringankan beban dan juga meningkat semula ekonomi mereka,” k
atanya.



SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN


Usahawan dan peniaga yang menjalankan perniagaan penting (Essential) dan masih dibenarkan menjalankan aktiviti perniagaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) layak mendapat diskaun sebanyak 30% sewaan bulan premis perniagaan selama enam (6) bulan bermula 1 April 2020 tertakluk kepada syarat berikut:
  • Usahawan dan peniaga yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19
  • Tidak mempunyai tunggakan bayaran sewa lebih daripada dua (2) bulan.
Pengecualian bayaran bagi sewaan Premis Perniagaan KETENGAH (Tempoh PKP iaitu 18 Mac hingga 31 Mac 2020 dan tertaktuk kepada perubahan tempoh PKP dari semasa ke semasa Kerajaan).

Pengecualian bayaran sewaan premis perniagaan kepada usahawan dan peniaga yang menjalankan perniagaan bukan penting (non-essential) dan tidak dibenarkan menjalankan aktiviti perniagaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 (tertakluk kepada perubahan tempoh PKP dari semasa ke semasa).


UNTUK MEMOHON 

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (ONLINE) melalui BORANG yang disediakan.




Segala keputusan yang dibuat adalah tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Jika permohonan yang diterima tidak mematuhi syarat dan kriteria di atas permohonan tidak akan dipertimbangkan.

SOALAN LAZIM 

Baca sini untuk soalan lazim ; SOALAN LAZIM.

Bagi mendapatkan informasi terkini sila layari www.ketengah.gov.my atau hubungi KETENGAH Call Center di talian 09-8231000

Sumber : Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah

Post a Comment

0 Comments