Tahukah Anda ? Anda Boleh Mendapatkan Diskaun sehingga 50% Bil Elektrik Rumah Selama 6 Bulan . Jom Ikuti Langkah-Langkah Ini. - Malaysia Kerjaya!

Breaking

Tuesday, April 21, 2020

Tahukah Anda ? Anda Boleh Mendapatkan Diskaun sehingga 50% Bil Elektrik Rumah Selama 6 Bulan . Jom Ikuti Langkah-Langkah Ini.



Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan tentang pemberian diskaun kepada pengguna elektrik domestik di Semenanjung Malaysia - Pada 27 Mac 2020.

Kerajaan Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menambahkan peruntukan sebanyak RM530 juta untuk pemberian diskaun elektrik antara 15% sehingga 50% kepada pengguna.

Diskaun bil elektrik ini adalah di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat ini adalah diberikan untuk tempoh selama 6 bulan bermula pada 1 April sehingga 30 September 2020 kepada semua kadar diskaun.

Baca dan teliti cara bagaimana untuk mendapatkan diskaun sebanyak 50% :



CARA MENDAPATKAN DISKAUN 50% BIL ELEKTRIK SELAMA 6 BULAN

Bagi mendapatkan diskaun 50% bil elektrik selama 6 bulan, apa yang mesti anda lakukan adalah memastikan penggunaan elektrik rumah tidak melebihi 200kWh ATAU RM43.60 sebulan.

Berikut merupakan penerangan ringkas tentang diskaun bil elektrik TNB ; 

Kadar pengiraan diskaun bil elektrik setiap bulan akan dilakukan mengikut kadar kWh yang digunakan pengguna seperti kadar berikut ;  

  1. Jika anda menggunakan 200 kWh ke bawah sebulan, anda akan terima diskaun sebanyak 50%.
  2. Jika anda menggunakan antara 201 - 300 kWh sebulan, anda akan terima diskaun sebanyak 25%.
  3. Jika anda menggunakan antara 300 - 600 sebulan, anda akan terima diskaun sebanyak 15%.
  4. Jika anda menggunakan lebih 600 kWh sebulan, anda akan terima diskaun sebanyak 2%.
Untuk mengetahui penggunaan kadar kWh anda , anda boleh semak pada bil elektrik anda di bahagian kotak bewarna merah di bawah. -Contoh gambar-





Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendapatkan diskaun sehingga 50% sebulan selama 6 bulan bermula pada 1 April 2020 sehingga 30 September 2020. Semoga info ini bermanfaat kepada semua pengguna di Malaysia.

No comments:

Post a Comment