Cara Untuk Membuat Permohonan Rayuan Sarawakku Sayang (BKSS) Dengan Cepat & Mudah - Malaysia Kerjaya!

Breaking

Wednesday, April 22, 2020

Cara Untuk Membuat Permohonan Rayuan Sarawakku Sayang (BKSS) Dengan Cepat & Mudah



Jika anda tidak tersenarai dalam bantuan ini, sila ikuti langkah di bawah untuk membuat rayuan permohonan.


Ini adalah cara untuk membuat permohonan rayuan untuk bantuan Sarawakku Sayang (BKSS). Seperti yang sedia maklum, Bantuan Sarawakku Sayang ini diberikan kepada golongan B40 iaitu sebanyak RM250 selama 6 bulan.

Borang Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)




Jika anda pernah membuat permohonan bantuan Sarawakku Sayang sebelum ini dan tidak lulus, anda boleh membuat semula rayuan permohonan bermula pada 18 April sehingga 28 April 2020. Rayuan anda boleh dibuat dengan mengisi borang rayuan dengan memuat turun borang di laman web https://www.sarawak.gov.my dan hantar borang ke pejabat daerah yang berdekatan. 

Download borang permohonan rayuan di sini ; BORANG RAYUAN.




Rayuan permohonan juga boleh dibuat secara online/atas talian melalui laman web www.sarawak.gov.my. Keputusan rayuan ini boleh disemak secara atas talian selepas 15 Jun 2020.

SYARAT KELAYAKAN RAYUAN
  • Penduduk Sarawak yang merupakan ketua isi rumah (suami atau isteri) dari golongan B40 yang mana jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4,000 sebulan.
  • Bujang (berumur 40 tahun hingga 59 tahun / OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun) dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan.

6 comments: