Permohonan & Semakan Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ



Pusat Pungutan Zakat MAIWP ada menyediakan bantuan khas COVID-19 yang dikenal sebagai Musaadah Khaira PPZ.

Melalui bantuan ini, anda boleh memohon RM300 tunai secara online.

Bantuan ini adalah dibuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa.

Kepada penerima BSH, jangan lupa untuk semak status permohonan BPN anda di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Berikut adalah tatacara cara untuk memohon bantuan PPZ ini.


BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ

Bantuan berikut adalah untuk rakyat Malaysia yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Golongan B40 yang berpendapatan isi rumah <RM4360 sebulan
  • Penjaja / peniaga kecil
  • Pekerja atau individu yang terjejas dan hilang punca pendapatan seperti diberhentikan kerja, separuh gaji & cuti tanpa gaji
CARA MOHON

Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi https://musaadahkhaira.zakat.com.my/

Anda perlu membaca dulu segala terma dan syarat permohonan.

Berikut merupakan dokumen yang perlu disediakan:


  • Salinan IC
  • Bagi yang bekerja – Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / Pengesahan pemberhentian kerja atau cuti tanpa gaji atau gaji bulanan yang dikurangkan. 
  • Bagi Peniaga / Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen yang berkaitan.
Langkah-langkah permohonan seperti berikut:

 1. Layari Portal rasmi https://musaadahkhaira.zakat.com.my/





2. Isi dan lengkapkan segala maklumat pribadi pemohon

3. Nyatakan alamat terkini pemohon

4. Isi maklumat tanggungan terkini anda

5. Muat naik kesemua dokumen yang diminta

6. Semak semua maklumat yang diisi. Jika betul klik hantar


Selesai!
Permohonan anda sedang diproses.
Bantuan akan disalurkan dalam tempoh 7 hari kepada pemohon yang layak.
Bagi anda yang pernah memohon sebelum ini, anda boleh semak status permohonan Bantuan Musaadah Khairi PPZ di sini.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Facebook Khaira PPZ.

Post a Comment

0 Comments