COVID-19 : Sebanyak 236 Lagi Pesakit Covid-19 Pulih Dan Dibenarkan Discaj Hari Ini



Hari ini di PUTRAJAYA bersamaan 6 April - Sukacita dimaklumkan bahawa sebanyak 236 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang sembuh sebanyak 1,241.



Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini, angka tersebut merupakan kes sembuh harian tertinggi sejak wabak itu menular di Malaysia.

"Sehingga 12 tengah hari tadi, sebanyak 131 kes baharu COVID-19 dilapokan. Ini menjadikan jumlah kes positif setakat ini 3,793.

"Sementara itu 102 kes positif dirawat di unit rawatan rapi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kes memerlukan bantuan pernafasan," jelasnya.

Dalam pada itu, Noor Hisham turut memaklumkan satu kematian baharu berkaitan COVID-19 direkodkan.

Mangsa merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai sejarah penyakit diabetes serta darah tinggi selain beberapa kontak rapat dengan kes di Sri Petaling.




Ini menunjukkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mempunyai impak yang positif dan semoga dapat memutuskan rantaian penularan wabak covid-19 ini.

Bagaimanakah dengan pendapat anda, adakah PKP harus dilanjutkan lagi ? suarakan pendapat anda dengan komen di bawah. T.kasih

Post a Comment

0 Comments