Permohonan Bantuan Tabung COVID-19 JKM NADMA Di Buka. Terima Bantuan Bekalan Makanan Asas Di Seluruh Negeri

Apa itu NADMA? 




NADMA merupakan singkatan nama daripada Agensi Pegurusan Bencana Negara dimana bertindak sebagai agensi yang menguruskan bantuan terutamanya kepada rakyat yang terkesan seperti sesuatu bencana yang melanda negara ini.


JENIS-JENIS BANTUAN DARI NADMA

Terdapat pelbagai bantuan daripada NADMA khasnya diwaktu penularan wabak Covid-19 dan juga semasa berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Antaranya adalah bantuan RM100 sehari bagi pekerja yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19

Bantuan ini diberi kepada pekerja yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19.

Bantuan khas ini akan diberikan sekali sahaja atau secara (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.






Selain daripada bantuan di atas, NADMA juga menyediakan Bantuan Bekalan Makanan Asas kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara.

Berikut adalah info permohonan ;

Bantuan Bekalan Makanan Asas Seluruh Negeri 

Kelayakan :

  • Bantuan bekalan makanan diberikan kepada rakyat Malaysia yang hilang pendapatan dan memerlukan bantuan bekalan makanan berikutan perlaksanaan PKP

Cara memohon dan maklumat diperlukan :

  • Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau anda boleh Whatsapp di 019-261 5999.
  • Menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri / Daerah masing-masing. (Waktu operasi mulai jam8.30 pagi hingga 5.30 petang
Maklumat yang diperlukan : 
  • Nama penuh permohon
  • Nombor kad pengenalan pemohon
  • Alamat rumah pemohon
  • Bilangan ahli keluarga yang berada di alamat tersebut
  • Nombor telefon yang boleh dihubungi (Pengesahan maklumat akan dibuat oleh JKM sebelum penghantaran)
Serahan bantuan 
  • Penghantaran adalah ke rumah pemohon oleh Angkatan Petahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA.



MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai persoalan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh terus menghubungi atau layari portal rasmi berikut :

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
  • Portal rasmi NADMA : http://www.nadma.gov.my/ 
  • Telefon : +603 8870 4800
  • Fax : +603 8870 4848
  • Emel : admin@nadma.gov.my
Jabatan Kebajikan Masyarakat

Post a Comment

1 Comments