Daftar Secara Online Bantuan Zakat Kecemasan Covid-19 MAIWP Kepada Golongan Yang Terjejas


Kepada mereka yang berada di Wilayah Persekutuan yang pendapatanya terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberikan Bantuan Zakat Kecemasan bagi membantu kepada golongan yang terjejas.




Bantuan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil, perkerja dan individu yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

13 April 2020, permohonan boleh dibuat secara atas talian/online mulai jam 8 pagi melalui pautan rasmi MAIWP di bawah.

Diingatkan kepada pemohon yang sudah memohon Bantuan ini secara Whatsapp yang disediakan oleh pihak MAIWP sebelum ini agar tidak mengisi lagi permohonan atas talian/online ini. Hal ini disebabkan kerana, bagi mengelakkan pertindihan maklumat permohonan yang akan menyebabkan permohonan ditolak.

Semoga bantuan ini dapat meringankan lagi beban kepada golongan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 ini.

Sila sebarkan/share maklumat ini agar dapat membantu kepada golongan yang layak untuk mendapatkanya dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik.





Post a Comment

1 Comments

  1. Immediately the website might irrefutably obtain famous one of the most associated with publishing customers, due to the persistent articles or just crucial evaluations.Help Poor People

    ReplyDelete