Cara Untuk Mengemaskini Maklumat Akaun Bank Untuk Pembayaran BPN Hasil



Ini adalah info penting kepada semua pemohon Bantuan Prihation Nasional (BPN) yang mempunyai rekod data percukaian dengan LHDN dan yang bantuan yang telah diluluskan tetapi masih belum menerima Bantuan ini. Sekarang anda boleh kemaskini maklumat akaun bank anda untuk pembayaran BPN yang akan diterima.

Sila baca info dibawah cara-cara mengemaskini akaun bank bagi pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)



CARA KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK

Untuk memastikan bayaran bantuan ini dapat disalurkan dengan mudah dan selamat, LHDNM mengambil langkah untuk membolehkan pemohon mengemaskini maklumat akaun bank mereka yang telah aktif melalui aplikasi e-kemaskini.

KLIK pada pautan e-kemaskini dan log masuk ke profil anda dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan klik HANTAR.


Setelah masuk ke profil anda, anda boleh terus mengemaskini maklumat bank anda.

Mengemaskini maklumat akaun bank haruslah dilakukan selewat-lewatnya pada 30 April 2020 untuk membolehkan bayaran BPN dikreditkan terus ke akaun bank yang sudah didaftarkan pada bulan Mei 2020.



LHDN ingin menasihati penerima BPN untuk hanya menggunkan portal rasmi LHDNM dalam urusan mengemaskini maklumat bank. LHDN juga TIDAK AKAN MEMINTA TAC bagi tujuan penyaluran BPN. 

Berikut adalah kenyataan media daripada LHDN.





Post a Comment

0 Comments