Permohonan Untuk Mendapatkan Bantuan MySubsidi Diesel 2024 Kini Dibuka, Layari Sekarang!


Dalam usaha pihak Kerajaan Malaysia untuk memperkasa pengurusan Belanjawan Negara serta sumber bahan api, sebuah sistem yang dikenali sebagai MySubsidi Diesel telahpun dilancarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia. Tujuan sistem ini direka adalah untuk meningkatkan lagi keberkesanan dan kecekapan pengagihan diesel bersubsidi, dengan memastikan hanya kenderaan yang berdaftar dan mempunyai 'Fleet Card' yang akan menerima bantuan bersubsidi ini.

Hal ini adalah merupakan sebuah langkah yang proaktif untuk memantau penggunaan diesel dan mengelakkan daripada sebarang bentuk ketirisan.

Selain daripada itu, Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ini juga telah diperkenalkan khususnya kepada sektor pengangkutan darat. Dengan adanya penggunaan 'Fleet Card', pihak kerajaan akan menegaskan bahawa program subsidi diesel ini akan terus dilaksana, namun dengan pengawasan yang lebih ketat. Hal ini adalah untuk memastikan hanya penerima yang layak sahaja boleh mendapatkan manfaat daripada bantuan yang disediakan ini.

Pihak kerajaan mengharapkan agar langkah ini dapat memastikan penggunaan dana negara serta sumber bahan api yang digunakan adalah lebih adil dan berhemat.

APAKAH ITU BANTUAN MYSUBSIDI DIESEL?

Untuk makluman anda semua, Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telahpun melancarkan sebuah portal yang baharu yang dikenali sebagai MySubsidi Diesel. Ianya adalah bertujuan untuk memudahkan lagi proses permohonan untuk mendapatkan subsidi bahan api bagi seseorang individu mahupun sesebuah syarikat.

Dengan adanya kewujudan portal ini, ia dapat mempercepatkan urusan permohonan dan pengurusan berkaitan dengan minyak diesel sekaligus meningkatkan lagi kecekapan dalam pengedaran subsidi yang lain.

Langkah yang diambil ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memodernisasikan lagi perkhidmatan kepada rakyat dan meningkatkan ketelusan pihak kerajaan dalam pengagihan bantuan kepada rakyat.


BANTUAN SUBSIDI DIBERHENTIKAN PADA TAHUN 2024?

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menafikan bahawa dakwaan yang telah tular di laman sosial berkaitan dengan pembatalan subsidi diesel pada tahun 2024.

Pihak KPDN telah memberikan penjelasan rasmi yang mana ia menegaskan bahawa tiada keputusan yang telah dibuat tentang pembatalan subsidi berikut.

Dalam masa yang sama, pihak KPDN juga meminta orang ramai untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang sah dan tidak mudah percaya dnegan berita yang tular di media sosial.

Pihak KPDN amat komited untuk memastikan agar kestabilan harga dan bekalan diesel kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang kesulitan kepada pengguna.


SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SUBSIDI DIESEL 2024

Sekiranya anda ingin membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan bantuan ini, terdapat beberapa syarat kelayakan pemohon yang telah ditetapkan oleh pihak KPDNHEP.

Syarat kelayakan yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut:
  1. Anda mestilah permohonan dibuat oleh pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat (sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif) boleh berurusan di KPDN.
  2. Hanya kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
  3. ‘Runner’ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN.
  4. Kepada syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleet card tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
    • Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah hanya untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
    • Mengemukakan dengan lengkap serta tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN.
    • Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
    • Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN.
    • Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan 'Fleet Card'.
    • KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.
    • Bagi semakan syarat kelayakan yang lebih lanjut, anda boleh merujuk laman web rasmi KPDN Subsidi Diesel

JENIS KENDERAAN YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN SUBSIDI DIESEL 2024

Terdapat beberapa kenderaan yang layak untuk menerima bantuan subsidi daripada pihak Kerajaan Malaysia. Jenis kenderaan yang layak adalah seperti yang berikut:
  1. Teksi
  2. Bas Mini
  3. Van Mayat
  4. Lori Mayat
  5. Bas Sekolah
  6. Bas Ekspres
  7. Kereta Sewa
  8. Bas Pengantara
  9. Bas Berhenti-henti
  10. Bomba (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
  11. Ambulans (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)


LANGKAH MEMOHON ONLINE BANTUAN MYSUBSIDI DIESEL 2024

Pihak KPDNHEP telah mengumumkan bahawa permohonan untuk mendapatkan kelulusan pembelian diesel bersubsidi kini boleh dilakukan secara atas talian dengan menggunakan kaedah 'Multiple Fleet Card'.

Langkah ini adalah bertujuan untuk memudahkan proses permohonan bagi syarikat-syarikat yang baharu saja mendaftar. Selain daripada itu, proses pertukaransyarikat minyak dan pendaftaran kenderaan juga telah dipermudah dengan pengenalan sistem permohonan secara atas talian.

Individu atau syarikat yang berminat boleh membuat permohonan melalui portal MySubsidi Diesel. Inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kecekapan dan mempercepat lagi proses kelulusan pembelian diesel bersubsidi.

Langkah untuk memohon secara atas talian adalah seperti yang berikut:
  1. Untuk membuat permohonan boleh layari laman Mysubsidi Diesel.
  2. Bagi pengguna baharu, anda boleh mendaftar akaun baharu terlebih dahulu, kemudian log masuk.
  3. Untuk membuat permohonan anda boleh merujuk pada manual pengguna yang telah disediakan.
  4. Selepas anda mengikuti cara dan kaedah yang betul, anda boleh membuat pengesahan dengan segera.

Anda juga boleh memuat turun PDF Panduan Permohonan Bantuan yang telah dikeluarkan sendiri oleh pihak KPDN di bawah:
CARA MOHON MYSUBSIDI DIESEL (SKID TANK)

Kenderaan yang termasuk dalam skid tank ini adalah seperti yang berikut:
  1. Bas Pengantara
  2. Bas Henti-Henti
  3. Bas Sekolah
  4. Bas Mini
  5. Bas Ekspress

Bagi permohonan subsidi diesel untuk 'Skid Tank' adalah terbahagi kepada dua jenis kategori. Cara membuat permohonan subsidi bagi jenis kenderaan 'Skid Tank' adalah seperti yang berikut:

Sektor Pengangkutan Darat
  • Pemohon hendaklah memiliki skid-tank yang diluluskan oleh Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di negeri atau daerah yang berkenaan.
  • Permohonan adalah melalui penghantaran borang yang tertera pada alamat dibawah.
  • Berikut adalah borang serta senarai semak yang perlu digunakan:

Sektor Pengangkutan Sungai
  • Sekiranya pemilik-pemilik bot penumpang sungai memohon kemudahan Mysubsidi diesel melalui pihak ketiga, pemilik bot penumpang sungai berkenaan hendaklah menandatangani surat akuan pemilik bot penumpang sungai yang membenarkan pihak ketiga untuk memohon bantuan subsidi ini bagi pihak mereka.
  • Borang serta senarai semak yang perlu digunakan.

Anda boleh menghantar permohonan ke e-mel yang berikut setelah melengkapkan borang yang diperlukan serta senarai semak.

Pengerusi
Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD),
Bahagian Kawal Selia Petroleum,
Sektor Barang Kawalan dan Subsidi,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Aras 2 (Menara), No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan yang ingin diajukan boleh hubungi nombor di bawah:
  1. Bilik Subsidi Fleetcard :
    • Tel : 03-8882 6311
    • Tel : 03-8882 6758
    • Tel : 03-8882 6917
  2. Datin Sri Wan Rosliza Binti Abdul Rashid

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Post a Comment

0 Comments