Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024: Tarikh & Kaedah Bayaran Untuk Pelajar Tahun 1, Semak Sekarang!

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024 - Program ini telah diperkenalkan pada tahun 2012 yang lalu. Ia bertujuan untuk menyokong perbelanjaan persekolahan buat anak-anak.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 yang lalu, sejumlah RM788.13 juta telah diperuntukkan khas untuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yakin bahawa Bantuan Awal Persekolahan yang disalurkan ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengurangkan beban perbelanjaan ibubapa atau penjaga sekaligus memastikan anak-anak bersedia dalam menghadapi sesi persekolahan Tahun 2024.

KAEDAH PEMBAYARAN ANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024

Bantuan ini akan disalurkan oleh pihak KPM secara berperingkat ke Akaun Kumpulan Wang ERAJAAN (kwk) sekolah atau Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.

Pembayaran bagi bantuan ini akan diterima oleh ibu bapa dengan dua cara iaitu:
  • Secara tunai atau
  • Disalurkan terus ke dalam akaun bank murid.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024

Sekiranya anak anda adalah murid yang sedia ada, jangan lepaskan tarikh penting ini. Pembayaran bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini akan bermula pada 11 Januari 2024. Kepada mereka yang memasuki Tahun 1 pada sesi 2024/2025, pembayaran akan bermula pada 10 Mac 2024.

Anda perlu memantu pengumuman dan arahan daripada pihak sekolah untuk membuat proses pembayaran menjadi lebih lancar.


SYARAT DAN KELAYAKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024

Anda seharusnya memastikan anak anda memenuhi syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024 ini.

Syarat-syaratnya adalah seperti yang berikut:
  • Merupakan warganegara Malaysia.
  • Bersekolah di kategori Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024
  • Berada di sekolah yang dikenalpasti oleh KPM.
BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024 - PANDUAN IBU BAPA

Majoriti sekolah tidak mempunyai permohonan khas yang diperlukan kerana semua murid layak untuk menerimanya. Pembayaran ini tidak bergantung kepada data pendapatan ibu bapa yang tersedia dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Namun begitu, terdapat sekolah yang akan mengedarkan borang permohonan khas iaitu Borang Permohonan Bantuan Persekolahan atau lebih dikenali sebagai Borang PB1. Ianya merupakan langkah yang diambil untuk memastikan bahawa pihak ibu bapa atau penjaga yang mungkin memerlukan bantuan tambahan dapat memohon dengan lebih mudah.

Kepada ibu bapa atau penjaga yang menerima Borang PB1,mereka perlu mengemaskini data pendapatan terkini mereka. Hal ini boleh dilakukan melalui sistem dalam talian sekolah atau dengan mengisi borang yang telah disediakan. Ianya penting agar memastikan semua maklumat adalah terkni dan tepat, kerana ini akan membantu pihak sekolah dalam menentukan bantuan yang sewajarnya.

Dalam mengisi borang permohonan yang berikut, ibu bapa atau penjaga perlu memahami bahawa pendapatan kasar bulanan adalah merujuk kepada jumlah pendapatan yang diterima sebelum potongan apapun. Ianya termasuklah gaji hakiki atau pokok serta elaun-elaun tetap. Sebaiknya diingatkan bahawa elaun lebih masa dan elaun tidak tetap tidak dianggap sebagai pendapatan kasar bulanan.

Ibu bapa atau penjaga boleh mendapatkan Borang PB1 (borang permohonan) dan Borang PB2 (pengesahan pendapatan) di pejabat sekolah anak-anak mereka atau memuat turunnya dari laman web sekolah. Proses ini adalah untuk memeudahkan ibu bapa yang mungkin tidak mendapatkan borang secara fizikal.




MAKLUMAT PENTING

Ibu bapa atau penjaga yang ingin membuat permohonan BAP 2024 harus memastikan mereka memahami sepernuhnya syarat0syarat dan keperluan yang dinyatakan di dalam borang.

Anda perlu memastikan bahawa semua dokumen sokongan yang diperlukan disertakan bersama dengan borang permohonan.

Dengan adanya pemahaman yang jelas tentang borang BAP 2024, ibu bapa dapat memastikan bahawa mereka memanfaatkan bantuan ini dengan maksimum untuk kebaikan pendidikan anak-anak mereka bagi mencorakkan masa depan yang lebih cerah.

Post a Comment

0 Comments