TERKINI: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) disalurkan bermula Januari 2024, Semak Sekarang!

TERKINI: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 akan disalurkan bermula Januari 2024.

Bayaran bagi Bantuan Awal Persekolah (BAP) akan diagihkan kepada setiap murid sebanyak RM150 bermula Januari 2024.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa bantuan ini adalah 'sekali bayar' sekaligus memberi manfaat kepada sejumlah 5,254,200 orang murid di seluruh Malaysia.

Bayaran ini akan disalurkan melalui pihak sekolah dan diagihkan kepada murid seara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

Melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), "KPM percaya bahawa bantuan ini akan membantu dalam meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak mereka bagi menghadapi sesi persekolahan 2024."

Penjelasan tersebut dibuat susulan timbul kebimbangan khususnya dalam kalangan sesetengah pihak mengenai ketiadaan BAP dalam pengumuman Belanjawan 2024, sepertimana yang telah dilaporkan oleh media.

Kementerian Pendidikan turut memaklumkan bahawa sebanyak RM788.13 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 yang dikhususkan untuk BAP.

Info lanjut berkaitan tentang Bantuan Awal Persekolahan secara umum adalah seperti yang berikut:





APAKAH ITU BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)?

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang bertujuan unutk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang dibawah jagaan ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Sebelum ini, bantuan ini hanya diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang mempunyai pendapatan kasar Isi Rumah sebanyak RM3,000.00 dan kebawah.

Pihak kerajaan telah mengumumkan berkaitan penyediaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 untuk setiap murid tanpa mengira had pendapatan dalam Bajet 2023 yang lalu. Usul ini kemudiannya diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdan Menteri, Anwar Ibrahim.


KADAR BANTUAN

Murid yang layak untuk menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini akan diberikan bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara 'one-off'.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini adalah seperti yang berikut:
  • Merupakan murid warganegara Malaysia.
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024.
  • Murid yang bersekolah di:
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Untuk makluman anda, bantuan ini akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke akaun yang berikut:
  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) atau
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.
Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini akan dibuat sama ada secara tunai atau disalurkan terus ke akaun bank murid yang layak.

TARIKH PENYALURAN BAP 2024

Buat masa ini, tarikh penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini adalah bermula JANUARI 2024.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan yang ingin diajukan berkaitan tentang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini, anda boleh merujuk di:

Post a Comment

0 Comments